Tuesday, August 2, 2011

Rich Cocoa Pudding

Terkecurlah pulak bila jumpa blog Azlita Aziz.  Puding-pudingny termasuklah cara dia mendeco puding tu dan memphoto sungguh memikat dan menyelerakan.  Aku cubalah buat Rich Cocoa Pudding ni.  Terima kasih pada Azlita Aziz untuk resipi ini.



4 1/4 cawan air
1/2 cawan koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 st garam
4 sb tepung jagung
1/2 st vanila
10 gm serbuk agar-agar
3 sb mentega

1.  Campurkan semua bahan kecuali mentega.  Kacau rata hingga gula larut.
2.  Tapis dalam periuk dan masak hingga agak likat.
3.  Masuk butter dan tuang dalam acuan. Sejukkan.

Untuk sosnya :
1 tin susu cair
6 sb gula pasir
1 gelas air
1 sb tepung kastad
secubit garam

1.  Masukkan semua bahan ke dalam periuk.

2.  Dimasak dengan api perlahan sehingga mendidih sambil dikacau selalu.  Kemudian sejukkan.

Masa menghidang, letakkan puding koko tadi dalam pinggan. Kemudian dituangkan sos yang dimasak tadi di atasnya.  Jika tidak suka susu cair boleh digantikan dengan santan pekat.  Taburkan pula fruit cocktail atau deco lah ikut kreativiti masing-masing.


No comments:

Post a Comment