Saturday, August 13, 2011

Kuih Bugis Mandi / Puteri Berendam

Kuih ni ada yang panggil Kuih Bugis Mandi dan ada juga yang namakan Puteri Berendam.  Kuih ni tak semestinya diwarna-warnikan tapi aku yang saje je buat begini.   



Mula-mula kita buat inti dulu :
1 biji kelapa 
1/2 cawan gula merah
sedikit gula pasir untuk dapatkan kemanisan yang diingini
1 helai daun pandan
1/4 cawan air

1.  Masak gula merah dan air hingga mendidih.  Kemudian ditapis.
2.  Masuk semula air gula tadi dalam periuk bersama gula pasir, kelapa dan daun pandan.
3.  Masaklah hingga kering tapi lembap-lembap sikit. 

Inti kelapa ni aku tak lah buat kering sangat, nanti rasa macam makan hampas kelapa pulak.  Inti yang lebih boleh disimpan untuk dibuat kuih lain pula.

Cara membuat bebolanya :
1 cawan tepung pulut
1 st tepung sagu
sedikit santan cair (lebih kurang 1/4 cawan)
garam

1.  Satukan tepung pulut, tepung sagu dan garam.
2.  Gaulkan bersama santan sedikit demi sedikit.  Adun hingga menjadi doh. 
3.  Bahagi doh itu beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.


4.  Kemudian ambil sedikit doh (agak2 mcm buat kuih buah melaka), dileperkan dan letak sedikit inti kelapa tadi.  Bulat-bulatkan semula.  Buatlah hingga habis.

5.  Sambil tu didihkan air dalam periuk.  Masukkan bebola tadi dan tunggu sehingga bebola itu terapung.  Itu tandanya bebola tu dah masak.  Toskan.


Untuk doh ni, jangan terlalu lembut.  Nanti semasa kita bulat-bulatkan selepas dimasukkan inti, doh tu mudah pecah.  Sebab tu santan tu kena masuk sikit-sikit.



Cara membuat dadih pula:
1 mangkuk santan pekat
1 sb tepung beras
sedikit garam
1 helai daun pandan

1.  Masuk semua bahan itu dalam periuk dan masak hingga mendidih dan nampak berdadih sedikit.
2.  Masukkan beberapa ketul bebola tadi dan tuangkan dadih. 
3.  Bolehlah disantap.




No comments:

Post a Comment