3 keping tauhu
1 biji bawang besar
1 sb cili kisar
2 sb air asam jawa
1 batang serai
garam secukup rasa
3 sb minyak untuk menumis
Bahan kisar :
3 biji cili merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2" halia
1. Tauhu digoreng. Sejukkan dan dipotong ikut suka. Bawang besar dihiris. Serai dititik.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing.
4. Kemudian masukkan bawang besar, air asam jawa, tauhu dan garam. Masak hingga pecah minyak.
No comments:
Post a Comment