Saturday, August 29, 2015

Kuih Ros




2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
2 biji telur 
1/2 cawan air
6 oz santan kotak
3 sb bijan
1 liter minyak untuk menggoreng



1.  Campurkan semua bahan kecuali minyak.  Bancuh sehingga adunan sebati.  Di sini sebahagian adunan aku masukkan bijan.  Kalau tak suka bijan, boleh diketepikan.



2.  Panaskan minyak dalam kuali.  Letakkan acuan kuih ros dalam minyak tu sehingga acuan itu panas.  



3.  Angkat acuan tu dan terus celupkan ke dalam adunan tadi. Pastikan adunan itu tidak menutupi bahagian atas acuan.  Jika acuan tidak cukup panas, adunan tadi tidak akan melekat dengan sempurna pada acuan.




4.  Kemudian masukkan acuan yang telah bersalut dengan beter itu ke dalam minyak panas.  Part ni kena goyang-goyangkan acuan tu sampai kuih tu melorot dengan sendirinya ke dalam minyak. Sementara itu biarkan acuan yang kosong itu di dalam kuali seketika supaya panas.  Kemudian buatlah kuih ros seterusnya.




5.  Gorenglah kuih ros itu hingga garing kekuningan dan toskan.  Masa mengetos tu, terbalikkan kuih ros tu.  Simpan dalam bekas kedap udara.




Friday, August 28, 2015

Rasailah Keenakan Kopi Rempah




Pernah tak korang dengar pasal Kopi Rempah???

Rasa rempah kari ke?  Rasa rempah kurma ke?

Akhirnya dapat juga aku rasa Kopi Rempah ni.....mula-mula tu cam cuak je nak minum.  Boleh telan ke tak ni?  Kalau tak cuba tak tau.

Kopi ni member aku terbangkan terus dari Sarikei, Sarawak.  Kopi Rempah yang diproses sendiri, homemade la bak orang skarang cakap.....Masa dapat parcel, buka jer parcel semerbak harum bau rempah.

Nak bancuh tu buatlah cam bancuh kopi o atau kopi susu.  Sukatan serbuk kopi rempah tu terpulang ler kat korang....nak pekat biasa ke atau nak pekat kaw ke...


Rasa???  Sedap....sikit lebih kurang macam rasa Teh halia.

Kalau korang berminat, jangan cari aku tapi terus ke pemprosesnya ....



Order trus kat mamat ni...tapi jangan korang order dia pulak, nanti aku kena sumpit kang.  Order KOPI REMPAH aje tau.





Monday, August 24, 2015

Pizza Roti




Ni semua kes roti yang tak habis dimakan dan tak tahu nak buat apa lagi dengan roti tu sementara menantikan tarikh lupusnya.

Bantai je lah apa bahan yang ada kat rumah....Barulah hari ni terbuka hati nak cuba buat pizza roti.  Sebelum buat dah dapat bayangkan mesti roti tu rangup lepas dibakar.

Mula-mula permukaan roti tu disapu dengan tomato sos.  Tomato puri pun boleh kalau ada.  Lepas tu sukahati lah nak letak apapun yang disukai....seperti capsicum, daging kisar, bawang besar yang didadu kecil, udang ke....sume boleh.   Last sekali parut atau kecai-kecaikan cheese di atasnya.

Lepas tu bakar dalam lebih kurang 10 minit.




Saturday, August 22, 2015

Kuih Bidaran Inti Kacang Merah





1 cawan tepung pulut
2 sb tepung gandum
3/4 cawan air
2 sb bijan hitam 
2 sb bijan putih
500 ml minyak untuk menggoreng
inti kacang merah secukupnya
garam secukup rasa

1.  Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam.

2.  Masuk air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga jadi doh.  


Doh tu jangan lembut sangat sebab bila kita terlalu menguli ia akan jadi lembik untuk dibuat bebola.


3.  Bahagi doh itu kepada 10 bahagian.  Satukan bijan hitam dan bijan putih dalam pinggan.  



4.  Ambil sebiji bebola itu, leperkan sedikit dan letak inti kacang merah ditengahnya.  Resipi inti kacang merah di https://csuraya.blogspot.com/2012/11/inti-paste-kacang-merah.html.  Bulatkan semula dan golekkan dalam bijan tadi. 


Bebola ini tidak semestinya betul-betul bulat.  Ia akan nampak herot sikit.  Bila goreng nanti ia akan bulat.


5.  Panaskan minyak dan goreng kuih itu hingga kekuningan.  Gunakan api sederhana.










Abuk-Abuk Sagu Tanpa Daun Pisang


Tengok kat dapur ada sagu, gula, kelapa tapi tak ada daun pisang. Walaupun duduk dalam kawasan kampung, serius cakap kedai-kedai kat sini tak ada jual daun pisang ye.  Nak pergi minta beli kat rumah orang, malas ada....malupun ada.  Akhirnya gunakan bekas-bekas kecil ini aje.


300 gm sagu biji warna putih
300 gm sagu biji warna hijau
1/2  biji kelapa parut putih saja
1 cawan gula merah
garam secukup rasa

1.  Rendam biji sagu itu berasingan dalam 10 minit.  Toskan.


2.  Gaulkan sagu hijau dan putih itu berasingan dengan kelapa parut dan garam.  Masuk kelapa parut itu sikit-sikit.  Kalau tak suka kelapa, masuk sedikit aje.


3.  Ambil sedikit sagu itu dalam bekas.  Kemudian masuk gula merah dan tutupkan dengan sagu tadi.  Buat hingga habis.


4.  Didihkan air dalam pengukus dan kukuslah kuih itu hingga masak kira-kira 10-15 minit.


Masukkan 2-3 helai daun pandan dalam air kukusan supaya kuih berbau harum daun pandan.




Kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah






Tuesday, August 18, 2015

Kentang Goreng dengan Carikkan Ayam



Kentang adalah salah satu makanan yang aku gemar.  Kali ni aku buat guna bahan apa aje yang ada.  Lepas raya ni kenalah kurangkan makanan berat-berat.  Hari ni aku meratah kentang. Sedaplah bagi aku.  Lagipun senang aje nak masak.


3 biji kentang
200 gm isi ayam 
1 biji bawang besar 
1 ulas bawang putih  
1 st cili flake
1 st serbuk lada hitam 
1 keping daun bay
1 pokok daun bawang
garam secukup rasa
sedikit serbuk oregano
1/2 cawan minyak 


1.  Kentang dibersihkan kulit luarannya dengan berus lembut bagi membuang segala kotoran dan rendam dalam air garam dalam 10 minit.  Lepas itu potong kentang bentuk baji dan lumurkan dengan sedikit garam.  

2.  Isi ayam dilumur dengan garam dan serbuk lada hitam.  Bawang besar dihiris.  Bawang putih dicincang.

3.  Panaskan minyak dan goreng ayam dan kentang hingga masak dan sedikit kekuningan.  Toskan kentang itu.  Ayam itu dicarik-carikkan isinya.

4.  Keluarkan sedikit minyak bekas menggoreng ayam dan kentang tadi dan tinggalkan dalam 2 sb sahaja.  



5.  Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.  

6.  Masuk sedikit ayam, serbuk lada hitam dan daun bay.  Tumis sekejap dan masukkan kentang, cili flake dan garam.  Tutup api dan taburkan dengan serbuk oregano dan daun bawang ataupun daun ketumbar.  





Mee Kuah Tomato



450 gm mee kuning -dicelur
100 gm tauge 
1 tangkai daun bawang - dihiris
1 tangkai daun ketumbar - dihiris
3 pokok sawi - dicelur

Bahan untuk Kuah Tomato :
1 tin sup tomato - kimball
1 biji bawang besar - didadu kecil
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji tomato - didadu kecil
1 sb cili flake
1 sb serbuk serbuk lada hitam
6-7 ekor udang
1 keping fish cake/fish ball - dipotong nipis
1 cawan air
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga kuning.  

2.  Masukkan cili flake, lada hitam dan tomato.  Tumiskan sekejap.


3.  Masukkan sup tomato, udang, fish cake, air dan garam.  Air tu ikutlah pekat mana yang diingini.  Masak hingga mendidih.  Lada hitam boleh dilebihkan kalau nak.



Cara menghidang :
Letak mee dalam mangkuk bersama tauge dan sawi.  Tuangkan kuah tomato.  Taburkan dengan daun bawang dan daun ketumbar.






Teh 3-Layer Panas




Bahan yang diperlukan adalah :
10 gm gula melaka
1 cawan susu cair
3 sb serbuk teh
1 cawan air

Menyediakaan sirap gula melaka:
Sagat gula melaka.  Lepas itu masukkan gula melaka dalam periuk bersama 1/4 cawan air.  Masak hingga gula larut dan menjadi sirap yang pekat.

Menyediakan teh pekat:
Masakkan serbuk teh dengan baki air tadi hingga teh kembang. Tapiskan.

Untuk melapiskan teh:
Step pertama :  Masukkan 3 sb air gula melaka dalam gelas.



Step kedua :  Tuangkan susu cair di atas air gula melaka itu.  Alirkan susu cair itu perlahan-lahan di atas belakang sudu.

Step ketiga :  Akhir sekali tuangkan air teh pekat perlahan-lahan yang juga dialirkan belakang sudu.






Monday, August 17, 2015

Cekodok Roti



5-6 keping roti
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 biji bawang besar 
1 biji cili merah
1/2 cawan ikan bilis
1 pokok daun sup/daun bawang
air secukupnya
garam secukup rasa

1.  Bawang besar dihiris.  Cili merah dicincang.  Cili merah boleh diganti dengan cili padi dan dipotong kecil.  Daun sup/daun bawang dihiris.



2.  Rendam roti dalam sedikit air.  Biarkan roti itu menyerap air dulu supaya kembang sedikit.  Lepas itu barulah digaul bersama tepung hingga rata dan bahan-bahan lain.  




Roti itu boleh digunakan tepi-tepi roti yang telah digunakan isinya untuk kegunaan lain.

3.  Gaulkan hingga sebati macam buat adunan jemput-jemput biasa.



4.  Gorengkan sesudu-sesudu dalam minyak panas.  Goreng hingga garing.

Jemput-Jemput Roti ni lembut aje.  Tapi adalah rasa macam payau-payau sikit disebabkan roti tu dah mengandungi yeast.  







Ayam Masala



1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar - dihiris
4 biji buah pelaga
2" kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 sb tomato puri
2 tangkai daun kari
1/2 cawan air
1 biji kentang - dipotong 4 atau 6
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

Bahan kisar :
20 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2" halia
1/3 cawan cili kisar/serbuk cili
2 sb jintan manis
2 st jintan putih
1/2 cawan rempah kari
1 st kas-kas
2 st garam masala


1.  Perap ayam dengan serbuk kunyit, garam dan 2 sb dari bahan kisar tadi.  Perap dalam 1/2 jam.


2.  Lepas tu goreng ayam hingga separuh masak dan toskan.



3.  Tumis bawang besar bersama buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.  Kemudian baru dimasukkan baki bahan kisar tadi bersama kentang, tomato puri, daun kari, air dan garam.  Masak hingga pecah minyak.  Tambah air jika perlu sekiranya terlalu kering sementara menunggu ia pecah minyak. 



4.  Akhir sekali masuk ayam.  Biarkan seketika dan tutup api.