1 biji bawang besar
1/2 cawan tepung gandum
1/4 st baking powder
2/4 cawan air
1 cawan serbuk roti
1 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa
1. Bawang besar dipotong bulat dengan ketebalan lebih kurang 1 cm.
2. Satukan tepung gandum, baking powder dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
3. Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Ambil beberapa gegelang bawang besar tadi dan celupkan ke dalam beter tadi. Kemudian disalutkan pula dengan serbuk roti.
4. Goreng hingga garing dan toskan. Makan semasa hangat dan sedap dicicah dengan sos cili.
No comments:
Post a Comment