Monday, June 10, 2013

Sagun



2 cawan kelapa parut - putih sahaja
1.5 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung pulut
gula pasir halus secukupnya
secubit garam
2 helai daun pandan

1.  Kelapa parut putih digoreng tanpa minyak hingga kering dan ringan bersama daun pandan.  Ketepikan.  



2.  Tepung beras dan tepung pulut pula disangai bersama daun pandan sehingga ringan dan seperti berpasir bila digesek dijari. Kemudian masukkan kelapa goreng tadi bersama sedikit garam halus. 

3.  Gorengkan sehingga semuanya bergaul rata.  Simpan dalam bekas kedap udara.

4.  Bila hendak dimakan barulah dimasukkan gula pasir ikut suka tahap kemanisan yang dikehendaki.





No comments:

Post a Comment