1 ekor ikan bawal
1/4 cawan santan
3 helai daun limau purut
1" kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 sb kerisik
1 biji bawang besar - dihiris
3/4 cawan minyak
garam secukup rasa
Bahan kisar :
1 sb jintan manis
1 sb jintan putih
1 sb ketumbar biji
2" kunyit hidup
1" halia
1/2" lengkuas
2 biji buah keras
2 batang serai
3 biji cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1. Ikan bawal digaram-kunyit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
2. Lebihan minyak menggoreng ikan itu ditumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar dan digoreng hingga garing.
4. Lepas itu masuk santan dan masak hingga pecah minyak dan pekat.
5. Akhir sekali masukkan daun limau purut, kerisik dan bawang besar. Kacau rata. Ikan goreng tadi boleh digaulkan bersekali rempah itu atau tuangkan rempah itu ke atas ikan itu.
No comments:
Post a Comment