Bahan untuk nasi :
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
1/2 cawan santan
1 sb kismis
1 st saffron - rendam dengan 2 sb air panas
1" kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan
garam secukup rasa
2 pokok daun ketumbar - dihiris
2 sb minyak masak
Bahan hiris/tumbuk :
1/2 biji bawang besar
1/2" halia
2 ulas bawang putih
1. Tumis kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau.
2. Masukkan bahan tumbuk dan tumis sekejap.
3. Masuk air, santan, beras basmathi, garam dan daun pandan.
4. Bila nasi sedang mendidih, masukkan saffron bersama air rendamannya. Masak nasi hingga masak dan tabur kismis serta daun ketumbar.
Bahan untuk ketam goreng berempah :
3 ekor ketam
2 tangkai daun kari
2 sb minyak masak
garam secukup rasa
Bahan kisar :
1 sb ketumbar biji
1 sb jintan manis
1 sb jintan putih
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sb udang kering
Tumis bahan kisar hingga wangi. Masuk ketam, daun kari dan garam. Gorengkan hingga garing. Ketepikan.
Bahan untuk kuah :
2 sb rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1 kuntum bunga cengkih
1" kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 cawan santan
1 biji cili hijau/cili padi
1 tangkai daun kari
3 sb minyak masak
garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" belacan
1" kunyit hidup
1. Tumis bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.
2. Masuk bahan tumbuk, daun kari dan rempah kari. Goreng hingga garing.
3. Masuk santan, cili hijau/cili padi dan garam.
No comments:
Post a Comment