Wednesday, June 12, 2013

Roti Buah-Buahan Kering




350g tepung gandum
45 gm planta
40 gm gula pasir
1/4 st garam
1 sb yeast
170 ml susu cair - dihangatkan sekejap
1 biji telur
1 1/2 cawan buah-buahan kering (ikut suka)

Topping
sedikit almond flakes
1 sb gula pasir kasar

1.  Satukan yeast + 1/4 cawan susu cair dari susu cair yang dihangatkan tadi bersama 1 st gula pasir dari sukatan untuk doh tadi.  Biarkan sehingga campuran yeast itu mengembang.
Kaedah ini aku gunakan adalah untuk memastikan yeast itu menjadi kerana ada ketika yeast tidak mengembang.  Tapi kalau pasti yeast itu memang menjadi, bolehlah dicampurkan terus serbuk yeast itu ke dalam campuran tepung.




2.  Satukan tepung, gula, garam, planta dan campuran yeast tadi.  Gaul-gaulkan.



3.  Susu cair disatukan dengan telur dan dikacau sekejap supaya bersatu aje.  Asingkan sedikit dalam 1sb untuk topping nanti.  Kemudian masukkan campuran susu itu sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung tadi.  Walaupun adunan ini agak melekit tapi teruskan menguli hingga menjadi doh yang lembut.



4.  Lepas itu masukkan campuran buah-buahan kering ikut kesukaan masing-masing.  Boleh gunakan buah zaitun, buah pear, buah kana dan kismis.  Buah zaitun, buah pear atau buah kana itu dipotong kecil-kecil.  Gaul rata buah-buahan kering itu sehingga rata pada doh. 


  
5.  Tutup mangkuk doh itu dengan tuala lembab dan biarkan pada suhu bilik untuk selama 1 jam atau sehingga doh itu naik dua kali ganda.

6.  Setelah doh naik, letakkan doh itu di atas papan pencanai yang telah ditabur sedikit tepung gandum.  Bahagi adunan kepada tiga bahagian dan diuli memanjang (sama saiz).  Susun setiap bahagian itu sebelah-menyebelah dan pintalkan seperti tocang.  Kemudian cantumkan hujung ke hujung roti itu membentuk satu bulatan.



7.  Angkat roti itu dan masukkan ke dalam loyang kek berukuran 8" yang telah disapu dengan planta.  Sapukan bancuhan telur + susu cair untuk topping tadi di atas permukaan roti dan taburkan almond flakes serta gula pasir kasar.

8.  Bakar pada suhu 177C / 350F selama 35-40 minit.  Jangan bakar terlalu lama nanti roti akan jadi kering.



Selain roti yang lembut, buah zaitun muda yang rangup itu juga memberi rasa yang enak ketika memakan roti ini.


resipi asal : My Kitchen Snippets

No comments:

Post a Comment