1 ekor ikan bawal
2 cawan air
garam secukup rasa
3 biji limau kasturi atau 1 keping asam-keping
Bahan kisar :
4 tangkai cili merah
4 biji cili padi hijau
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
Didihkan air dalam periuk dan masukkan bahan kisar serta garam. Bila kuah mula mendidih, masukkan ikan dan di sini aku perahkan limau kasturi pengganti asam keping. Biarkan sekejap hingga ikan masak. Tutup api.
Kalau nak masuk sayur yang disukai seperti bendi atau terung pun boleh. Masakan ini rasanya sama macam masak asam rebus kalau kat Melaka.
sumber asal : mesra.net
No comments:
Post a Comment