2 cawan kelapa parut
1 helai daun kunyit - dihiris
3 biji limau nipis - ambil jus
4 helai daun limau purut
4 biji buah belimbing buluh
garam secukup rasa
daun pisang - dilayur
pencungkil gigi
Bahan kisar :
5 biji cili merah
4 biji cili padi
7 ulas bawang merah
2" kunyit hidup
2 batang serai
1. Ikan keli dibersihkan dan dilumurkan dengan garam dan separuh daripada jus limau tadi bagi menghilangkan bau dan lendir-lendir pada ikan. Biarkan sekejap dan kemudian dibilas. Ketepikan.
2. Gaulkan bahan kisar bersama kelapa, daun kunyit, separuh dari jus limau tadi dan garam. Gaul sebati hingga jadi pes.
3. Letak sedikit pes itu di atas daun pisang. Letak seekor ikan dan letak lagi pes itu atas ikan. Letakkan daun limau purut, buah belimbing dan dibungkus daun pisang itu.
4. Letak ikan itu atas pemanggang dan dipanggang hingga masak. Harum semerbak bau kelapa bersatu dengan daun kunyit sewaktu memanggang sungguh menyelerakan.
No comments:
Post a Comment