Monday, June 10, 2013

Air Kelapa Gula Melaka



1 biji kelapa muda
100 gm gula melaka
500 ml air sejuk
1 helai daun pandan

1.  Gula melaka, air dan daun pandan dimasak hingga mendidih. Tapis dan sejukkan.   

2.  Masukkan sirap gula melaka itu ke dalam jug.  Ikutlah kepekatan yang dikehendaki.  Lebihan sirap gula melaka itu boleh disimpan untuk kegunaan lain.

3.  Campurkan air kelapa dan air sejuk.  Akhir sekali masukkan isi kelapa muda.


Jangan dimasak air kelapa itu bersama air gula melaka, nanti baunya tidak berapa wangi dan segar.



No comments:

Post a Comment