1 biji timun
1 batang carrot
1 biji cili hijau - dibelah 4
1 biji cili merah - dibelah 4
8 ulas bawang merah - buang kulit sahaja
5 ulas bawang putih - buang kulit sahaja
1 sb air kapur sirih
1 sb cuka
1 st biji sawi (tak masuk pun tak apa)
2 sb bijan putih - disangai
1/2" halia - dihiris halus
serbuk kunyit, gula dan garam secukupnya
1. Timun dipotong 2" dan dibuang empulurnya. Kemudian dipotong halus. Carrot juga dipotong 1" dan dipotong halus juga.
Lepas itu rendam timun dan carrot itu dengan air kapur sirih dalam 1/2 jam. Ianya supaya timun dan carrot tu rasa rangup bila dimakan. Kemudian toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan biji sawi.
3. Masukkan timun, carrot dan cili. Gaul rata dan biarkan seketika.
4. Lepas itu masukkan cuka, serbuk kunyit, gula dan garam. Akhir sekali masukkan bijan, gaul-gaulkan dan tutup api.
No comments:
Post a Comment