Sunday, June 30, 2013

Telur Inti Udang




3 biji telur rebus
4 ulas bawang merah
2 sb serbuk roti
1 tangkai daun bawang
3 ekor udang besar
sedikit serbuk lada sulah
garam secukupnya
1 cawan minyak untuk menggoreng

1.  Telur rebus dan dibelah dua.  Asingkan kuningnya.  Bawang merah dihiris dan dibuat bawang goreng. Daun bawang dihiris.  Udang dicincang kasar.

2.  Satukan kuning telur, bawang goreng, serbuk roti, daun bawang, udang, garam dan lada sulah.  Lecekkan dan digaul hingga sebati.  Kalau nak dikisar pun boleh.

3.  Ambil sedikit campuran tadi dan diletakkan di atas putih telur tadi.  Padat-padatkan sedikit.

4.  Panaskan minyak dan goreng telur berinti itu hingga garing.







Air Kembang Semangkuk



5 biji buah kembang semangkuk
3 cawan air 
gula batu secukup manis
1 helai daun pandan
1 tin nata de coco 





Kembang semangkuk direndam hingga kembang. Keluarkan biji dan kulit buah kembang semangkuk.


Gula batu dimasak bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Masa air sedang mendidih, masukkan kembang semangkuk yang telah kembang itu.  Didihkan sekejap.

Kalau nak guna gula pasir atau gula perang pun boleh juga.



Masukkan nata de coco ke dalam gelas dan tuangkan air kembang semangkuk tadi.


Nasi Goreng Planta



500 gm nasi sejuk
3 sb planta
1/2 biji bawang besar - didadu kecil
2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
15 ekor udang
2 pokok sawi
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

1.  Udang dilumur dengan garam, serbuk lada hitam dan sedikit serbuk kunyit.  


2.  Masukkan 1 sb planta dalam kuali.  Bila planta mula mencair, gorengkan udang hingga kemerahan.  Ketepikan.


3.  Tambahkan 2 sb planta.  Bila planta dah cair, masukkan bawang besar dan bawang putih.  Tumis hingga bawang layu.


4.  Pecahkan telur dan masukkan lada hitam serta sawi.  Biarkan sekejap dan digaul-gaulkan hingga telur itu hancur dan sawi layu.  

5.  Kemudian masukkan nasi sejuk.  Gaulkan hingga rata.  Akhir sekali masuk garam dan udang goreng tadi.  Gaul rata.




Saturday, June 29, 2013

Crispy Chicken



200 gm daging ayam 
1 biji bawang besar 
1 biji lemon/limau nipis - ambil jus
1 pokok daun bawang - dihiris
1 biji telur
1 cawan bread crumb
lada hitam, garam dan minyak

Campurkan daging ayam, bawang, garam, lada hitam, daun bawang dan jus lemon.    Kisarkan dan perap 2 jam.



Bentukkan perapan tadi segi empat memanjang atau ikut suka dan celup di dalam  telur yang telah dipukul sedikit.  Kemudian salutkan dengan bread crumb.  Boleh juga dibentukkan semasa menyalut dengan bread crumb itu.  




Goreng ayam dalam minyak banyak hingga garing.



Thursday, June 27, 2013

Roti Goreng Bergula



1 bungkus roti putih
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan planta


1.  Panaskan frying pan.  Letak sesudu planta di dalam pan yang telah panas itu.  Bila planta mula mencair, taburkan gula.  


2.  Kemudian letakkan sekeping roti di atas planta dan gula itu.  Bila dah nampak garing, terbalikkan.  Tambah lagi planta & gula supaya lebih cantik kuning dan garingnya.



Saturday, June 22, 2013

Cantonese Kway Teow




450 gm kway teow
2 ulas bawang putih - dicincang halus
4 pokok sawi
1 batang celery
5 ekor udang
1 cawan isi ayam
2 sb kicap cair
2 sb sos tiram
2 cawan air
secubit lada sulah
1 sb tepung jagung + 2 sb air

1.  Isi ayam digaul rata bersama 1 sb sos tiram dan lada sulah. Biarkan dalam 10 minit.


2.  Panaskan 1 sb minyak dan masukkan kway teow bersama 1 sb kicap cair.  Gorengkan sambil digaul rata.  Ketepikan.  


Tambahkan lagi sedikit minyak ke dalam kuali menggoreng kway teow tadi.  Tumiskan bawang putih hingga nampak kekuningan.


(sebelum dimasukkan telur)

3.  Masukkan ayam, air dan biarkan mendidih.  Kemudian masukkan sawi, udang, sos tiram dan kicap cair.  Bila mendidih lagi, masukkan telur sambil dikacau dengan cepat secara bulatan.  


Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung bagi memekatkan sedikit sup mee itu.  Kalau hendak ia berwarna putih, tak payah letak sos tiram dan kicap.





Sup Wantan



1 paket kulit wantan
500 ml air rebusan ayam
5 ekor udang
2 keping fish cake
3 hiris halia dari 1/2" halia
1 sb minyak bawang putih
1 pokok daun bawang - diambil bahagian putihnya
1/4 st serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Inti Wantan dikisar kecuali udang :
5 ekor udang - dicincang kasar
100 gm isi ayam 
1 sb minyak bawang putih
1 pokok daun bawang
1 st sos tiram
1 st minyak bijan
sedikit serbuk lada sulah/lada hitam
garam secukup rasa

1.  Gaul rata inti wantan yang telah dikisar bersama udang cincang. Ambil sekeping kulit wantan dan letakkan 1 st inti wantan di tengah kulit wantan.  Sapukan keliling kulit wantan dengan air dan lipat dua.  Tekan-tekankan sedikit keliling kulit wantan supaya melekat.  


2.  Kemudian pertemukan hujung ke hujung kulit wantan yang dibahagian bawah.  Lekatkan dengan air.


3.  Didihkan air dalam periuk dan rebuskan wantan yang telah siap itu.  Bila air rebusan itu mula mendidih semula, toskan wantan itu.


4.  Di dalam periuk yang lain, masukkan air rebusan ayam, udang, fish cake, hirisan halia, minyak bawang putih dan serbuk lada sulah.  Didihkan dan masukkan garam, bahagian putih daun bawang dan wantan yang direbus tadi.



Friday, June 21, 2013

Biskut Halia




230 gm tepung gandum
1 st baking powder
1/2 st serbuk kulit kayu manis
1/2 st serbuk halia atau parutan halia mentah
50 gm gula castor
60 gm planta
2 sb susu pekat
1 st parutan kulit limau


1.  Satukan tepung, baking powder, serbuk kulit kayu manis, halia dan gula castor.  Gaul hingga sebati.


2.  Masuk planta bersama susu pekat dan kulit limau.  Gaul hingga menjadi doh yang lembut.  Jika terlalu keras, masuk lagi sedikit planta sambil diuli.


3.  Canai doh setebal 1 cm dan terap dengan acuan.  Bakar biskut pada suhu 175C selama 15 minit.




Acar Bijan/Rampai




1 biji timun 
1 batang carrot
1 biji cili hijau - dibelah 4
1 biji cili merah - dibelah 4
8 ulas bawang merah - buang kulit sahaja
5 ulas bawang putih - buang kulit sahaja
1 sb air kapur sirih
1 sb cuka
1 st biji sawi (tak masuk pun tak apa)
2 sb bijan putih - disangai
1/2" halia - dihiris halus
serbuk kunyit, gula dan garam secukupnya

1.  Timun dipotong 2" dan dibuang empulurnya.  Kemudian dipotong halus.  Carrot juga dipotong 1" dan dipotong halus juga.  

Lepas itu rendam timun dan carrot itu dengan air kapur sirih dalam 1/2 jam.  Ianya supaya timun dan carrot tu rasa rangup bila dimakan.  Kemudian toskan.
  

2.  Panaskan minyak dalam kuali.  Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan biji sawi.



3.  Masukkan timun, carrot dan cili.  Gaul rata dan biarkan seketika.

4.  Lepas itu masukkan cuka, serbuk kunyit, gula dan garam.  Akhir sekali masukkan bijan, gaul-gaulkan dan  tutup api.




Wednesday, June 19, 2013

Tart Angsa Emas



125 gm mentega
225 gm tepung gandum
35 gm gula castor
secubit garam
1 biji telur 
sedikit pewarna kuning
1 biji kuning telur untuk sapu
bunga cengkih secukupnya

Inti nenas :
1 biji nenas masak
3/4 cawan gula pasir

Membuat Inti Nenas :
Nenas dicincang halus atau diparut.  Masuk nenas dalam periuk bersama gula secukup manis dan masak hingga hampir kering. Sejukkan.


Cara membuat biskut :
1.  Campurkan tepung, mentega dan gula.  Gaul dengan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.

2.  Masukkan telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut sambil dimasukkan pewarna kuning.

3.  Ambil sedikit adunan, masukkan inti nenas lalu dibentuk seperti angsa (lebih kurang lah).  Hiaskan dengan bunga cengkih. 
Gunting-guntingkan permukaannya dan sapu kuning telur.  Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.





Tuesday, June 18, 2013

Skon Goreng




Bahan A :
100 gm tepung naik sendiri
20 gm gula aising
1/4 st yeast
1/4 st soda bikarbonat
100 ml susu cair / air biasa
1 biji telur
3 sb kelapa parut putih
garam secukup rasa

Bahan B :
1 sb planta
2 sb kismis


1.  Satukan Bahan A dan digaul hingga rata.  Kalau tak suka rasa susu sangat, kurangkan penggunaan susu tapi dicampurkan dengan air.  



Adunan ini mestilah pekat dan kental.  Oleh itu cukup sekadar digaul sekadar bersatu semua bahan.



2.  Panaskan kuali dan cairkan sedikit planta.  Ambil satu sudu besar adunan tadi, masuk dalam kuali dan tabur kismis.  Ambil satu sudu besar lagi adunan tadi dan diletakkan di atas kismis tadi.


3.  Bila scone telah menjadi perang, terbalikkan.  Buat hingga selesai.





sumber asal : mesra.net