Saturday, December 29, 2012

Roti Kopi



Inti :
50 gm salted butter
1/4 st esen vanila
25 gm gula perang

Topping :
50 gm butter
40 gm gula icing
1 biji telur - dipukul sedikit
1 1/2 sb nescafe + 1 sb air
50 gm tepung gandum

Doh :
250 gm tepung roti/tepung gandum
10 gm susu tepung
35 gm gula castor
1/2 st garam
1 1/2 st yeast
1 biji telur
135 ml air/susu cair
30 gm mentega

Cara membuat Inti :
Pukul salted butter pada kelajuan sederhana selama 3 minit.  Masuk esen vanila, gula perang dan pukul hingga sebati.  Kemudian dibekukan dalam peti sejuk.




Cara membuat Topping :
Pukul mentega dan gula icing pada kelajuan sederhana selama 5 minit atau hingga ringan dan gebu.  Masuk telur sedikit demi sedikit.  Masuk nescafe dan tepung roti/tepung gandum dan putar pada kelajuan perlahan hingga sebati.  Masukkan dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk.



Cara membuat Doh Roti:
Campur tepung, susu tepung, gula, garam, yeast dan gaul rata. Masukkan telur dan air/susu cair.  Putarkan selama 8 minit. 



Masuk butter dan gaul hingga lembut dan tidak melekat dimangkuk.  Bulatkan dan tutup dengan kain lembap atau plastik wrap dan dibiarkan selama 1 jam atau hingga doh kembang.



Bulat-bulatkan doh 100gm setiap biji. 


Lepas itu leperkan sedikit bebola itu.  Letak inti dan bulatkan semula.  

Susun atas loyang yang disapu mentega atau dialas dengan baking paper.  Biarkan selama 45 minit.  


Paip topping di atasnya dan bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit.







Wednesday, December 26, 2012

Kek Chiffon Pandan




Bahan A
3/4 cawan gula castor
6 biji putih telur
1/2 st cream of tartar

Bahan B
1/2 cawan gula castor
6 biji kuning telur
1 3/4  cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu cair
1/4 cawan minyak jagung
2 st baking powder
1/4 st garam halus
1/2 st esen pandan
1/2 st pewarna hijau

1.  Ayak tepung, baking powder dan garam.  Ketepikan. 

2.  Pukul bahan A sehingga gebu dan adunan tidak jatuh jika diterbalikkan.



3.  Dalam mangkuk yang lain pukul kuning telur dan gula sehingga ringan dan berkrim.  Masukkan pula minyak, susu dan pukul lagi hingga sebati.

4.  Kemudian masukkan bahan A yang telah dipukul tadi ke dalam adunan kuning telur tadi.  Pukul lagi hingga sebati.  Lepas itu masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata.

5.  Akhir sekali masukkan esen pandan dan pewarna hijau.  Gaul hingga sebati.

6.  Sediakan acuan chiffon bersaiz 9".  Tak perlu digriskan atau dialas dengan baking paper.  Masukkan adunan ke dalam acuan.



7.  Bakar kek pada suhu 350F/175C selama 40-45 minit.  Cucuk dahulu kek dengan cake-tester untuk memastikan kek telah benar-benar masak.



8.  Terbalikkan acuan kek sebaik dikeluarkan dari oven dan biarkan kek betul-betul sejuk barulah dikeluarkan dari acuan.




Saturday, December 22, 2012

Biskut Quaker Oat Garing



400 gm oat
200 gm gula castor
200 gm mentega
2 biji telur
1 st esen vanila
50 gm badam cincang 
1/2 cawan kismis
chocolate chip secukupnya

1.  Pukul mentega dan gula hingga kembang.


2.  Masuk telur dan gaul rata.  


3.  Masuk pula esen vanila, badam, kismis dan oat.


4.  Ambil sesudu dan susun dalam dulang pembakar.  Kemudian hiaskan dengan coklat chip.


5.  Bakar pada suhu 150C selama 20 minit.



sumber asal : kerulls


Thursday, December 20, 2012

Sujud Syukur



Sujud syukur ni bermaksud kita berterima kasih ke hadrat Allah apabila kita mendapat khabar gembira atau kita terlepas dari bala besar dan sebagainya.  Selalunya bila aje kita dapat berita gembira, kita akan menjerit, melompat keriangan sambil menjerit Yesss atau Yahoooo dan entah apa-apa lagi.

Adalah lebih baik kita melakukan sujud syukur seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.


Dari sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Tarmizi yang bermaksud terjemahannya:
Dari Abu Barkah bahawa Nabi s.a.w apabila mendapat sesuatu yang disenangi atau diberi khabar gembira, segeralah beliau tunduk (sujud) sebagai tanda syukur kepada Allah Taala.



Senang aje nak buat sujud syukur ni.  Tak perlu mengambil wuduk dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan tempat itu bersih.  Syarat-syaratnya adalah :
a)  Suci dari hadas besar dan hadas kecil.
b)  Menutup aurat
c)  Mengadap kiblat

Rukun dan bacaannya adalah :
a)  Niat :  "Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala".
b)  Mengangkat Takbiratulihram  :  "Allahuaakbar"
c)  Sujud :  Selepas takbiratulihram terus sujud dan baca "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah huwallahu akbar" (3x).  Kemudian berdoa dalam hati "Ya Allah kami bersyukur di atas kurniaan dan nikmatMU".
d)  Beri salam.


Untuk tempat ni yang ada masalah sikit kot.  Kalau kita berada di negara arab mungkin tak kisah kot.  Bagi mereka sujud syukur ini adalah sesuatu yang biasa.  Walaupun dikatakan boleh di mana-mana tapi katakanlah kita berada dalam KLCC, tentu kita ambil masa nak mencari arah kiblat dan tempat yang bersih.  Tapi bagi aku disebabkan sujud syukur itu perlu dilakukan sejurus mendapat khabar gembira, maka segeralah kita mencari arah kiblat dan tempat yang bersih.  Senang cite kalau yakin tak cukup syaratnya, tak payah buat.  Kalau tak pun, buat aje sembahyang sunat syukur bila tiba di rumah, surau atau masjid.  Yang penting niat kita dengan Allah swt.   Islam itu mudah....



Wednesday, December 19, 2012

Ham, Bacon Dan Istilah-Istilah Daging Babi


Ramai orang Islam Malaysia ni yang suka makan ham dan bacon.  Nampak macam lazat aje kan.  Disebabkan nak terikut-ikut cara makanan barat, kita pun bedal ajelah asalkan ada tertulis 'halal'.  Tapi tak tahulah betul-betul halal ke?  Sebab tak nampak kesan buruknya selepas makan, itu yang pantang nampak tanda 'halal'.  Lainlah kalau sejurus lepas makan aje terus pengsan ke, muntah ke , barulah kita tak berani nak makan betul tak?

Mula-mula aku tengok bacon atau ham tu pun dah timbul rasa waswas sebab dagingnya berwarna keputihan kan.  Ye lah secara basicnya yang aku tahu daging babi ni warna dia agak pink-pink dan putih-putih sikit.  Bila ditanya kat supermarket mereka kata ham dan bacon kat Malaysia ni halal dan ia dari daging lembu.  Yang pelik tu kenapa nak gunakan perkataan yang digunakan untuk daging babi.   Kalau betul ia halal, pihak berwajib yang bertanggungjawab sepatutnya kena create satu nama lain bagi mengelakkan sebarang keraguan.

Apapun di sini aku sharekan istilah-istilah yang digunakan untuk daging babi.  Sumber :  di sini

1.  Pork  :  istilah yang digunakan untuk daging babi dalam masakan.

2.  Swine  :  istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesies babi.

3.  Pig  :  istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

4.  Hog  :  istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5.  Porcine  :  istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi.  Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6.  Boar  :  babi liar

7.  Sow  :  istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8.  Sow Milk  :  susu babi

9.  Lard  :  minyak yang berasaskan lemak babi.

10.  Ham  :  daging bahagian peha babi.

11.  Bacon  :  daging babi yang diperap dengan garam.


Baca juga ini :
Bacon dan Ham Halal di Malaysia?   
Kena Tahu: Apa itu Bacon & Ham  
"Daging Ayam dan Lembu Tidak Cukup Lemak Untuk Membentuk Apa-apa Shape."


Tuesday, December 18, 2012

Kes Murtad


Aku terima message ini dari facebook.   

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.  Saya di lahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang.   Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal.   Saya terpaksa tidur di stesen  keretapi.   Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong.   Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun.   Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.   

Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad.   Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14,Jalan Gasing, Petaling Jaya.   Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang) .  Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk & gt; sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.  Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia.   Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orang Filipina.  Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang.   Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan.   Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.  Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.   Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit $1 ,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.

Pada bulan Januari saya berasa 
tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat. Jumlah Kristian seram! ai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00).  Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam.  Di 
Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.   Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja.  Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water).   Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup  telinga hal dakwah Islam tidak mahu.   Air itu khusus untuk orang Islam sahaja.   Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak , Filipina dan Singapura.   Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang).   Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail Orang Sungai Petani Kedah. 



Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.  Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution.  Pengetuanya En Ismail Rahim.  20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri
dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib)
telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat.  Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah
ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari)  





En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982.   Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.  Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan
Islam Perak.  Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di
Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan
padri itu.  Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling !banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid.   Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400
orang telah masuk Kristian di Melaka.   


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal.
Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah.   Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.   Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu
Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat:
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku
Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

> > > > >> > PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al- Ahzab:71)


Nauzubillahiminzalik.



Monday, December 17, 2012

Warna-Warni Telekung

Persoalan corak telekung ini sudah lama bermain di dalam minda aku.  Aku tahu perkara ini akan menjadi suatu isu sensitif kepada golongan tertentu.

Dahulu telekung dibuat dari kain cotton yang tidak bercorak.  Kemudian telekung ini telah ditambah dengan sedikit lace/renda yang cukup simple.  Lama-kelamaan pembuatan telekung hingga kini telah didesignkan dengan sulaman berwarna-warni, penggunaan kain yang juga berbagai warna dan berbagai jenis kain digunakan.  Sehinggalah telekung kini ada yang berharga beratus-ratus ringgit.

Seringkali kita semua mendengar komen-komen seperti ini :  "Apa salahnya kita menghadap Allah dengan berpakaian cantik sedangkan kita boleh berpakaian cantik dan mahal di luar sana".  Setahu aku pakaian semasa menghadap Allah (bersembahyang) hanya memerlukan kita berpakaian menutup aurat, suci dan bersih sahaja sudah memadai.

Pernah perkara ini dibidas oleh seorang rakan aku bila kami berkata telekung yang bercorak itu boleh membuat jemaah yang lain merasa rendah diri dan tidak kusyuk.  Dengan bersemangat dia berkata "itu salah jemaah tersebut yang tidak kusyuk bersembahyang.  Kita mampu nak beli telekung yang cantik dan apa salahnya menghadap Allah dengan berpakaian cantik."

'Astaghfirullahalazhim' (dalam hati aje) tatkala mendengarkan jawapannya.  Teringat aku pada satu hadis yang berkaitan dengan pembacaan al-quran dengan suara yang kuat.

Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang yang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga menganggu jamaah lain.  Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa'id al-Khudri :

"Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid) baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah.  Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda :  "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain.  Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).


Bagi aku sama saja hal ini dengan hal telekung itu.  Lagipun ditakuti kita termasuk dalam golongan yang riak yakni bermegah-megah tanpa kita sedari.  Kita ini adalah hamba yang lemah.

Ada juga orang yang sanggup berhutang untuk membeli telekung yang berdesign-design itu.  Bila ditanya, dia jawab "malulah bila sembahyang, tengok orang lain semua pakai telekung cantik-cantik".  Aku dengar ajelah jawapannya...tak berani nak komen.  Orang-orang macam ni tak boleh nak komen sebarangan sebab bagi dia, dia juga yang betul.  Lagipun siapalah kita nak tegur berkaitan dengan bab-bab agama ini.

Aku mempunyai pandangan peribadi sendiri tentang isu ini.  Waimah kita mampu membeli telekung berharga ribuan ringgit sekalipun, adalah lebih baik digunakan semasa kita sembahyang bersendirian di dalam bilik.  Tapi jika kita bersembahyang di surau/masjid yakni terdapat jemaah-jemaah yang lain, lebih baiklah kita memakai telekung berwarna putih, jenis cotton biasa pun dah memadai dan tidak perlu bersulam-sulam bagai.  Cukup sekadar ia menutup aurat, suci dan bersih.

Apapun, tepuk dada tanya akal.  Kalau difikirkan bab kain ihram pulak, nasib baiklah kain ihram itu telah ditetapkan rupanya.  Kalau tidak, harus berwarna-warni para jemaah semasa berihram.


Sunday, December 16, 2012

Simboliknya Kupasan Tentang Yakjuj Makjuj

Ramai dikalangan kita yang tahu tentang akan kewujudan Yakjud Makjud di akhir zaman sebagai salah satu tanda-tanda akhir dunia menuju kiamat.  Perbincangan mengenai Dajjal sering diperkatakan berbanding makhluk yang dinamakan Yakjud Makjud ini.  Penerangan mengenai Yakjud Makjud ini juga agak samar untuk dijangkau oleh akal kita.  Tapi sebagai seorang Islam kita patut mempelajari dan memahami siapakah Yakjud Makjud ini.  

Di sini kita rungkaikan bersama siapakah Yakjud Makjud ini.  Ada pemahaman yang dibuat secara straight forward dan ada juga penerangan yang dibuat secara simbolik tetapi ada kelogikkannya.  Wallahualam.


Pemahaman 1

Sebaik sahaja Nabi Isa membunuh Dajal, Allah swt memerintahkan baginda untuk membawa semua orang yang beriman naik ke tanah tinggi untuk menyelamatkan diri daripada bala yang kedua iaitu kemunculan Yakjuj dan Makjuj yang tidak boleh dibunuh oleh sesiapa pun termasuk Nabi Isa.

Yakjuj dan Makjuj akan muncul dari tanah tinggi, berkulit kuning dan bermata sepet, akan memusnahkan semua benda dan kehidupan yang ada (hatta memakan batang tubuh manusia).  Nabi Isa dan pengikutnya dipelihara Allah swt di tanah tinggi itu dan hampir kebuluran.

Nabi Isa akhirnya berdoa kepada Allah untuk membunuh yakjuj makjuj dan Allah menurunkan sejenis penyakit yang berkaitan dengan hidung dan hanya ada pada binatang.  Semua yakjuj dan makjuj mati bergelimpangan memenuhi muka bumi malah ketika Nabi Isa dan pengikut baginda turun dari tanah tinggi mereka tidak boleh berjalan kerana terlalu banyaknya mayat yakjuj dan makjuj.  Sekali lagi Baginda berdoa kepada Allah swt dan Allah mengutuskan burung-burung sebesar tengkok unta dan menerbangkan mayat-mayat itu hilang entah ke mana.

Namun begitu kesan kemusnahan dan kekotoran maha dahsyat masih lagi tinggal dan sekali lagi Nabi Isa memohon doa kepada Allah swt dan Allah menurunkan selebat-lebat hujan yang menyucikan sekelian alam sebersih-bersihnya.  

Selepas itu, bermulalah pemerintahan Nabi Isa a.s mengikut syari'at Nabi Muhammad s.a.w. dengan penuh keamanan, keimanan dan kedamaian sehinggalah pada suatu hari Allah menghantar tiupan angin yang nyaman, bertiup lembut sehingga menyelinap masuk ke bawah ketiak semua orang-orang yang beriman (sehingga sekecil-kecil iman) dan mereka semuanya meninggal dunia.  Maka tinggallah yang ada di muka bumi itu manusia-manusia yang kafir dan tidak beriman sahaja.

Maka selepas itu, barulah timbul tanda-tanda akhir dan hancur musnahlah dunia ...terjadilah dan muncullah Hari Kiamat ....wallahu'alam.

sumber : www.wanzafalis.wordpress.com/tag/kiamat/




Pemahaman 2 


Yakjud Makjud Sebagai Makhluk Perosak.

Baca pula kupasan yang sungguh menarik dan cukup menguji akal minda kita sesama Islam dari http://akhzaman.blogspot.com/2010/02/makhluk-perosak-yang-tampan.html

Bangsa Yahudi juga digambarkan sebagai bangsa perosak.  Adolf Hitler juga pernah melabelkan bangsa Yahudi adalah bangsa perosak dan telah berusaha menghapuskan bangsa itu sejak dahulu lagi.

Jika difikirkan dari sudut lain pula, selalunya apa yang tertulis di dalam Al-Quran atau dari hadis-hadis, segalanya dibuktikan dengan kejadian-kejadian yang sama seperti yang ditulis.  Tidak ada pula simbolik-simboliknya ataupun yang berupa persamaan.  Contohnya seperti kisah Nabi Luth, Tentera Abrahah dan banyak lagi.









Yahudi, Palestin dan Hari Kiamat

                              

Peristiwa yang bakal berlaku sebelum hari kiamat adalah :
1.  Perang Armageddon
2.  Kemunculan Imam Mahdi
3.  Kemunculan Dajjal al-masih.
4.  Kemunculan Yakjuj-Makjuj
5.  Hari Kiamat

Semuanya dikatakan akan berlaku di bumi Palestin.  Perang Armageddon dikatakan sebagai Perang Akhir Zaman.  Ia adalah perang yang maha dahsyat yang membawa kehancuran dunia ini.  Orang-orang Yahudi dikatakan telah pun bersiap-sedia untuk menghadapi perang ini.  Seperti yang diketahui bahawa orang-orang Yahudi ini telah mengkaji Al-Quran kita sedalam-dalamnya  dan banyak rahsia-rahsia menuju kiamat telah mereka singkap.  Tetapi disebabkan hati mereka yang dajal, mereka masih berusaha untuk menguasai dunia dengan cuba merubah pengakhiran dunia.

Selama ini bangsa Yahudi telah bekerja keras menghapuskan Islam.  Mereka cerobohi sebahagian bumi Palestin yang pernah hidup dalam kemakmuran suatu ketika dahulu.  Kenapa mereka minat sangat dengan bumi Palestin?  Mereka telah memerangi bumi Palestin sejak tahun 1948.  Mereka percaya banyak rahsia tertanam di bawah Masjid Al-Aqsa yang mana mereka teramat yakin rahsia itu boleh membuat mereka menguasai dunia.

Mereka bangga dapat menguasai sebahagian besar bumi Palestin ketika ini.  Sebenarnya, sudah ketentuan Allah yang bangsa Yahudi ini akan dikumpulkan di bumi Palestin sebab mereka akan dimusnahkan juga akhirnya di bumi Palestin itu sendiri.

                             



Lihatlah bagaimana orang-orang Palestin gigih pertahankan bumi Palestin dalam keadaan yang cukup sengsara.  Tidak pula generasi-generasi mereka itu mengharapkan untuk melarikan diri ke tempat lain.  Semuanya telah tercatit di dalam Al-Quran dan hadis yang orang-orang Palestin ini adalah syahid.
Semangat mereka kental mempertahankan Islam dan bumi Palestin sehingga tidak merasa keindahan
duniawi.
                                      


Baca ini :  Perang Armageddon
                Asal Usul Kaum Yahudi
                Perang Armageddon & Kedatangan Imam Mahdi
                Palestin Peristiwa Akhir Zaman
                Kemunculan Dajjal





Perang Akhir Zaman Menggunakan Pedang?


Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah satu dari tanda-tanda datangnya hari kiamat.  Hal ini bermula dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Israel.  Sebelum terjadi peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan islam.  Antaranya, pencerobohan ke atas Iraq dan serangan Israel ke atas Gaza.  Rancangan Israel sudah lama untuk mewujudkan perang yang dipanjangkan kepada Perang Dunia Ketiga dan dijangka bakal berlaku tidak lama lagi.

Pertempuran dahsyat ini dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo/Mageddon, Palestin.  Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan hollywood.  Realitinya hollywood yang didokong oleh Yahudi sememangnya ingin memesongkan fakta tentang Armageddon ini melalui propanganda filem.  Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.

Disebutkan dalam Kitab Zakharia (89/13), bahawa sebahagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dari mereka akan musnah.  Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan : "Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israel berhasil mengubur mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi".

Sebutan Armageddon sebenarnya tidak terdapat dalam mana-mana hadis.  Hanya disebut dalam kajian-kajian sarjana Kristen dan Ahli Kitab.  Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit.  Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestin.  Sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan.  Perang ini juga dikatakan sebagai perang habis-habisan dengan menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih.  Mungkin perang itu adalah Perang Dunia Ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklear.

Ramai yang mengatakan Perang Dunia Ketiga, bom nuklear akan digunakan.   Ada diceritakan juga dalam kitab Bahrul Mazi.  Perang Dunia Ketiga yang diramal akan berlaku dalam tempoh yang singkat.  Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat.  Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman Pertengahan di mana siri peperangan seterusnya, bala tentera akan hanya menunggang kuda serta bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.

"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang ke empat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah." - Louis Lord Mountbatten

"Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia Ketiga akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia Keempat akan diperjuangkan dengan kayu dan batu." - Albert Einstein

Adakah Albert Einstein tidak mahu mengakui Perang Dunia Ke-3 ini bakal menggunakan teknologi bom nuklear yang merupakan hasil ciptaannya?  Dan selepas itu, Perang Dunia Ke-4 dikatakan akan meletus yang mana senjata yang digunakan adalah pedang.  Ini disebabkan teknologi semua tidak boleh digunakan lagi pada masa itu dek kerana kesan EMP (electromagnetic pulse)  daripada senjata nuklear itu sendiri semasa tercetusnya Perang Dunia Ketiga.  Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang Dunia Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah kerana semuanya menggunakan peralatan perang yang sama.

Malah ada sebahagian hadis yang menekankan akhir zaman nanti akan berlakunya perang menggunakan pedang dan Dajjal akan disembelih dengan pedang.  Hadis Nabi juga ada menyebut, Yahudi Zionis pengecut akan bersembunyi di balik-balik batu dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi iaitu pokok Gharqad, yang banyak ditanam sekarang di Israel.


"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Jadi, adakah disebabkan itu Rasulullah menggalakkan kita belajar berkuda, berenang dan memanah?


sumber : di sini

Saturday, December 15, 2012

Ada Apa Di Atas Sana??

Ini posting tertunda.  Ianya berlaku dipenghujung November lepas.  Hujan memang terlalu lebat pada hari itu.    Adalah dalam 2-3 jam, aku tergerak nak menjenguk ke luar balkoni.  Terkejut aku lihat kampung berhampiran mengalami banjir.  

Teringat aku pada banjir teruk yang berlaku sebelum ini.  Lihat keadaan padang balai polis dah cukup merisaukan aku, takut banjir seperti hari itu berlaku lagi.  Peliknya bila aku lihat di jalanraya, kenderaan masih lalu seperti biasa.  Hairan jugak mana datangnya air sebanyak itu.  Di waktu yang sama aku terdengar bunyi air deras mengalir macam bunyi air terjun.  Bila aku toleh di bukit bersebelahan...masyaallah, derasnya air turun dari bukit.  Memang menakutkan.

Seperti ada projek yang dibuat di atas bukit itu.  Pihak berwajib patut membuka mata dan bertindak menghentikan sebarang projek di atas sana bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.


Perkampungan yang ditenggelami air

Balai Polis Bt 18 ditenggelami air deras yang datang dari bukit berhampiran. 

Air deras bertanah merah datang dari bukit itu.
Tak tahulah pembangunan apa yang  berlaku di atas sana.  

Bagi aku yang pernah mengalami kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dulu sudah cukup mengerikan.  Keadaan kediaman kami yang berada di kaki bukit ini sama sahaja keadaan kediaman-kediaman di Bukit Antarabangsa itu.  

Tidak berperkemanusiaankah dan tidak berjiwakah insan yang terus-menerus melakukan projek di atas bukit yang jelas boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh seterusnya membahayakan banyak nyawa dan harta-benda insan lain?

Bukankah lebih baik dicegah dahulu sebelum sesuatu kejadian buruk berlaku?  Kenapa hendak ditunggu sesuatu yang buruk berlaku baru hendak diambil tindakan?  Lepas itu mulalah menuding jari ke pihak itu dan ke pihak ini.



Wednesday, December 12, 2012

Palestin Peristiwa Akhir Zaman


Jika disebut kota suci ketiga setelah Mekah dan Madinah, maka dalam beberapa saat akan dalam benak kita bahawa yang dimaksudkan tiada lain kecuali Al-Quds.  Benar, Al-Quds atau Palestin adalah kata yang tidak asing bagi majoriti kaum muslimin.

Al-Aqsa atau Baitul Maqdis disebutkan dalam banyak riwayat hadis dan atsar. Tentang keagungan dan keutamaannya, Rasulullah s.a.w. menyebutkan bahawa Masjidil Aqsa adalah masjid tertua kedua di dunia.  Masjidil Aqsa juga merupakan kiblat pertama kaum muslimin.  Baitul Maqdis sendiri merupakan salah satu daripada tiga kota suci yang dianjurkan untuk diziarahi dengan niat ibadah.  Tentang keutamaan solat di Baitul Maqdis, Rasulullah s.a.w. menyebutkan bahawa ia setara dengan 500 kali berbanding dengan masjid lain.  Palestin sendiri termasuk wilayah yang didoakan agar mendapat berkat.  Dan terakhir, Rasulullah pernah berkunjung ke Palestin dan solat di Masjidil Aqsa pada malam Isra'.

Secara geografi, Palestin mempunyai kedudukan yang sangat strategik di mata dunia antarabangsa.  Tanah bukit Moria, sebuah dataran tinggi yang diatasnya berdiri Masjidil Aqsa dan Masjid Qubbatush Shahra, yang luasnya kurang dari 4 kali padang bola sepak, kini telah rebut lebih dari 3 juta umat manusia.

Disamping faktor geografi dan keutamaan lain, Palestin juga menyimpan banyak misteri di akhir zaman.  Negara ini telah dikisahkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai negara yang paling unik.  Realiti yang kita saksikan sehingga hari ini tentang Palestin merupakan gambaran kebenaran apa yang disabdakan Rasulullah s.a.w.  Pergolakan politik dan pertikaian serta konflik antara umat Islam dengan Yahudi sebenarnya telah diberitakan oleh Rasulullah s.a.w.  Ini juga merupakan penjelasan dari nabi tentang Palestin di akhir zaman.

1.  Palestin Akan Menjadi Bumi Ribath Sehingga Akhir Zaman

Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda",  "Akan sentiasa ada sekelompok umatku yang menegakkan agama Allah, orang-orang yang memusuhi mereka dan tidak mahu menyokong mereka sama sekali tidak akan mampu menimpakan bahaya terhadap mereka.  Demikianlah keadaannya hingga akhirnya datang urusan Allah."   Malik bin Yakhamir menyahut, Muad' bin Jabal mengatakan bahawa mereka berada di Syam.   Mu'awiyah berkata, "lihatlah, ini Malik menyebutkan bahawa ia telah mendengar Mu'adz bin Jabal mengatakan bahawa kumpulan tersebut berada di Syam".

Tentang negeri Syam yang disebutkan dalam hadis di atas, riwayat di bawah ini menjelaskan bahawa negeri Syam yang dimaksudkan adalah Palestin.  Hal itu sebagaimana yang disebut dari Abu Umamah, dia berkata :  Rasulullah s.a.w. bersabda, "Akan sentiasa ada sekelompok umatku yang berada diatas kebenaran, mengalahkan musuh-musuhnya dan orang-orang yang memusuhi mereka tidak akan mampu menimpakan bahaya terhadap mereka kecuali sedikit musibah semata.  Demikianlah keadaannya hingga akhirnya datang urusan Allah."  "Wahai Rasulullah, di manakah kelompok tersebut?"  Tanya para sahabat.  "Mereka berada di Baitul Maqdis dan pelataran Baitul Maqdis".

Maka, pelbagai soalan yang terus menggeluti benak setiap muslim; mengapa konflik di Palestin dan pertikaian antara umat Islam dan Yahudi tidak kunjung usai, barangkali bila dikesan dari sudut pandang takdir boleh dijawab dengan hadis ini.  Sungguh, negeri Palestin tidak akan pernah sepi daripada peperangan dalam riwayat di atas.  Musibah apa pun yang ditimpakan oleh musuh-musuh Islam terhadap kaum muslimin di Palestin, hal itu tidak memberikan mudarat kecuali sedikit musibah.  Maknanya, sehebat manapun gempuran musuh yang ditimpakan terhadap umat Islam di Palestin, maka hal itu tidak akan pernah membuat komuniti di negeri itu lenyap.  Ada semacam jaminan bahawa umat Islam di negeri itu akan tetap wujud.  Dan jihad di negeri itu akan terus berlanjutan hingga ke akhir zaman hingga kaum muslimin berjaya mengalahkan Dajjal.

Riwayat di atas juga boleh menjadi isyarat tentang mustahilnya bagi umat Islam untuk berhijrah meninggalkan Palestin secara total, sedahsyat apapun serangan musuh keatas mereka.  Janji Rasulullah s.a.w. bahawa serangan musuh hanya akan menimpakan sedikit musibah atas mereka menjadi bisyarah (khabar gembira) bahawa negeri ini tidak akan pernah mampu ditawan oleh musuh.  Pasti, akan selalu ada segelintir umat yang akan berjihad untuk mempertahankan negeri ini.


2.  Palestin Akan Menjadi Bumi Hijrah di Akhir Zaman

Kisah lain yang juga menakjubkan adalah bahawa negeri Palestin ini akan menjadi bumi hijrah akhir zaman.  Hal itu sebagaimana yang disebutkan dari Abdullah bin Amru bin Ash berkata :  Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, " Akan berlaku hijrah sesudah hijrah, maka sebaik-baik penduduk bumi adalah orang-orang yang mendiami tempat hijrah Ibrahim, lalu yang tinggal di muka bumi hanyalah orang-orang yang jahat. Bumi menolak mereka, Allah menganggap mereka kotor, dan api akan mengiringi mereka bersama para kera dan babi."

Jika riwayat tersebut dikolerasikan dengan hadis lain yang menceritakan perjalanan Imam Mahdi dan kaum Muslimin dalam memerangi musuh-musuhnya, maka boleh jadi nubuwat di atas kejadian di masa Al-Mahdi.  Hal itu sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah riwayat, Rasulullah s.a.w. :  "Allah memberitahu kepada Nabi Isa dengan firmanNYA, "Tiada seorang pun yang mampu melawannya karena itu bawalah hamba-hambaKU (yang baik-baik) ke gunung Thur.  Lalu Allah membangkitkan (mengutus) Ya'juj dan Ma'juj, mereka akan datang dari seluruh tempat yang tinggi."

Gunung Thur, sebagaimana yang terkandung dalam riwayat di atas merupakan sebahagian daripada negeri Syam, walaupun ia tidak berada tepat di dalam Palestin.  Tetapi kawasan tersebut masih masuk dalam bahagian negeri hijrahnya Nabi Ibrahim a.s. (Syam).  Wallahualam.


3.  Palestin Akan Menjadi Tempat Tegaknya Khalifah di Akhir Zaman

Hal itu sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Abdullah bin Hawalah Al-Azdi.  Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, "Wahai Ibnu Hawalah, jika engkau melihat kekhilafahan telah turun bumi Al-Maqdis (Baitul Maqdis/Palestin), maka itu petanda telah dekatnya berbagai goncangan, kegundah-gulanaan dan peristiwa-peristiwa besar.  Bagi umat manusia, kiamat lebih dekat kepada mereka daripada dekatnya telapak tangan kepada kepalamu ini."

Jika merujuk pada riwayat yang menyebutkan penaklukkan kaum muslimin di akhir zaman, maka kemungkinan tegaknya khalifah di bumi Baitul Maqdis itu berlaku di zaman Al-Mahdi.  Sebagaimana disebutkan dalam banyak riwayat, bahawa di masa Al-Mahdi kelak Dajjal akan dikalahkan dan tempat terbunuhnya Dajjal sendiri berada di Bab Ludd - Palestin.  Setelah terbunuhnya Dajjal di tangan Nabi Isa a.s., maka kaum muslimin terus memburu Yahudi di mana mereka bersembunyi.  Setiap benda, baik pokok, batu mahupun yang lain akan bercakap dan memberitahu di mana Yahudi bersembunyi.  Hanya satu jenis pokok yang akan diam dan melindungi Yahudi iaitu pohon Gharqad.  Sesungguhnya ia termasuk salah satu dari pohon Yahudi.


4.  Palestin Akan Menjadi Tempat Bertahannya Iman di Akhir Zaman

Ada beberapa riwayat yang menjelaskan tentang hal ini :

Dari Salamah bin Nufail Al Kindi ia berkata, "Saya duduk di sisi Nabi s.a.w., maka seorang lelaki berkata, "Ya Rasulullah, manusia telah meninggalkan kuda perang dan meletakkan senjata.  Mereka mengatakan, "Tidak ada jihad lagi, perang telah selesai."   Maka Rasulullah s.a.w. menghadapkan wajahnya dan bersabda, "Mereka berdusta.  Sekarang...sekarang perang telah tiba.  Akan sentiasa ada dari umatku, umat yang berperang diatas kebenaran.  Allah menyesatkan hati-hati sebahagian manusia dan memberi rezeki umat tersebut dari hamba-hambaNYA yang tersesat (ghanimah).  Begitulah sampai tegaknya kiamat, dan sampai datangnya janji Allah.  Kebaikan sentiasa tertambat dalam ubun-ubun kuda perang sampai hari kiamat.  Dan Allah telah mewahyukan kepada ku bahawa aku akan diwafatkan.  Aku tidak akan kekal di dunia ini, dan kamu akan saling menyusulku, sebahagian kamu memerangi sebahagian yang lain.  Dan kampung halaman kaum beriman adalah Syam."

Dari Abdullah bin Amru, ia berkata :  "Rasulullah s.a.w. telah bersabda :  "Sesungguhnya aku melihat seakan-akan tonggak Al-Kitab telah tercabut dari bawah bantalku.  Maka aku mengikuti pemergiannya dengan pandangan mataku.  Tiba-tiba muncul seberkas cahaya yang terang-benderang mengarah ke Syam.  Ketahuilah, sesungguhnya iman pada saat terjadi pelbagai fitnah berada di Syam."


5.  Palestin Menjadi Salah Satu Tempat Berlindung Dari Dajjal

Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

"Aku peringatkan kamu tentang Dajjal.  Aku peringatkan kamu tentang Dajjal.  Aku peringatkan kamu tentang Dajjal.  Dia menetap di bumi selama 40 hari.  Dia boleh mencapai setiap jengkal muka bumi kecuali 4 masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Madinah, Masjid At-Thur dan Masjidil Aqsa.  Dia tidak akan samar-samar lagi bagi kalian, kerana Rabb kalian tidaklah buta mata sebelah (sementara Dajjal buta sebelah matanya).

sumber :  www. detikislam.blogspot.com


Bumi Palestine Selepas Diceroboh Israel




Baca juga : iniiniini dan ini





Alat Memancungkan Hidung


Sekarang ni dah ada alat memancungkan hidung pulak. Yang sebenarnya aku baru tahu, padahal alat ni dah ada sejak tahun lepas lagi.  Nampak macam mudah aje.  Tak payahlah nak buat pembedahan plastik yang menelan belanja beribu-ribu ringgit. Itu pun belum tentu lagi tak merosakkan hidung.  

Alat ni adalah jenama keluaran Jepun.  Ia dinamakan Beauty Lift High Nose.




Alat ini menggunakan bateri dan mengandungi sejenis vibrator yang membantu proses memancungkan hidung.  

Alat memancungkan hidung ini terdapat dalam bentuk lain-lain juga, mungkin bergantung kepada fungsinya kot.  
                              


                                        

Kalau agak-agak nak tukar rupa hidung tu, silalah mencuba.
Lepas ni kalau melancung ke Jepun tu, jangan lupa cari benda alah ni ...hehehe.  Di Jakarta pun ada dijual.  Di Malaysia ni tak tahu pulak di mana agennya.   Kalau tak, pakai aje sepit baju.