Waktu tu sebenarnya aku sedang cari buah sukun di pasar tani taman melawati tapi tak ada. Tup-tup jumpa pulak sayur kuluh. Itupun selepas puas bersuluh sana sini cari buah sukun. So aku sebatlah 2 biji.
Sebiji aku gomolkan dengan cili api (MASAK LEMAK CILI API) dan sebiji lagi aku gomolkan dengan rempah (MASAK LEMAK BEREMPAH).
Disebabkan aku hanya makan berdua dengan Sibola-bola ku, aku bagi-bagilah kuah tu pada staf dan kawan-kawan aku. Sama-samalah merasa masakan ku yang teramatlah sedapnya pada aku. Tekak yang lain tu ......tak dapat nak aku layan...Sedap, makan...Tak sedap, bagi lah kat Mr. Tong Sam Pah. Dia memang tak pernah kata TAK NAK.
Bahan-bahan :
1 biji sayur kuluh
1 biji kelapa
2 1/2 cawan air
2 batang serai
garam secukup rasa
Bahan dikisar halus :
10 biji cili api
20 gm kunyit hidup
2 sb udang kering
1. Sayur kuluh dibuang kulit dan dipotong kecil. Rendam dalam air garam sebelum masak bagi mengelakkan ia menjadi lebam. Lepas itu masukkan sayur kuluh dan air bersih ke dalam periuk dan rebus hingga empuk. Toskan.
2. Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.
3. Masukkan bahan kisar dan santan cair ke dalam periuk. Masak hingga mendidih sambil dikacau.
4. Lepas itu masukkan serai, sayur kuluh yang telah direbus tadi, santan pekat dan garam. Masaklah dengan api kecil hingga mendidih tapi haruslah dikacau-kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak. Kalau tak, kuah akan menjadi cair semula.
No comments:
Post a Comment