Monday, November 29, 2010
Daging Paprik
Semalam balik dari kerja, aku masak Daging Paprik aje untuk makan malam aku. Suzana balik kampung. Ramai orang tanya kenapa aku tak makan aje di kedai. Hmmm... aku ni saje suka nak masak.
500 gm daging
4" carrot
10 tangkai kacang buncis
1 batang serai
3 helai daun limau purut
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Dicampur semua
2 sb sos cili
1 sb sos tomato
2 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1/2 cawan air
1. Daging dipotong nipis. Carrot dipotong memanjang. Kacang buncis dipotong serong. Serai dititik. Bawang besar dan bawang putih dihiris.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga kekuningan.
3. Masuk daging, campuran sos, serai, carrot, kacang buncis, daun limau purut dan garam.
4. Masak hingga daging empuk dan masakan menjadi kering. Sekiranya daging masih belum empuk tapi masakan telah kering, masukkan sedikit air dan masak lagi.
Labels:
Daging
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment