Mari Buat Breadcrumb sendiri
3 keping roti
Koyak-koyakkan roti tu dan susun dalam dulang pembakar. Bakar hingga kering sedikit. Roti tu akan masih kelihatan putih lagi dan lembap sikit pun tak apa.
Lepas itu kisarkan roti-roti yang kering itu hingga halus.
Kemudian bakar sekali lagi serbuk roti hingga berderai. Kalau nak sangai sekejap pun boleh. Lepas bakar kali yang kedua tu kalau serbuk tu berketul-ketul, gesek-gesekkan aje dengan belakang sudu. Simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment