Friday, November 26, 2010

Cempedak Goreng



1 biji cempedak
1 cawan tepung beras cap satu gajah
1/2 cawan air
1 sb tepung sagu
1 sb tepung goreng pisang adabi
1 st air kapur
1 st gula pasir
2 sb bijan
1/4 st serbuk kunyit
2 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa


1.  Kupaskan cempedak dan keluarkan isinya.



2.  Satukan tepung beras, tepung sagu, tepung goreng pisang adabi, gula pasir dan garam.

3.  Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi beter yang boleh menyalut cempedak.  Adunan mestilah tidak terlalu pekat atau terlalu cair.

4.  Masuk pula garam dan serbuk kunyit.  Kacaukan hingga sebati.


5.  Akhir sekali masukkan cempedak.  Gaul rata.

6.  Panaskan minyak.  Mesti gunakan minyak yang banyak yakni goreng terendam supaya tidak melekat di dasar kuali.  Kemudian masukkan cempedak dan digaul perlahan supaya cempedak bersalut dengan beter itu. Gorengkan cempedak satu persatu hingga garing kekuningan dan toskan.





No comments:

Post a Comment