Friday, November 26, 2010

Kelebihan Surah-Surah

Surah Yusuf
Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.
Barangsiapa mengamalkan ayat 64 dari surah ini, insyaallah dia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Surah Maryam
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

Surah Al-Anbiya
Barangsiapa membaca ayat 83, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah swt.

Surah An-Naml
Barangsiapa membacanya, nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

Surah Al-Qaf
Barangsiapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.
Barangsiapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

Surah Al-Anfal
Barangsiapa membaca ayat 62-63, nescaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

Surah Al-Ahzab
Barangsiapa membaca ayat 45-48, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.

Surah At-Taubah
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafikan dan akan mencapai hakikat iman.
Barangsiapa membaca ayat 111 dari surah ini di kedai atau di tempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

No comments:

Post a Comment