Tuesday, November 30, 2010

Som-Som


3 cawan tepung beras
6 cawan santan
2 helai daun pandan
garam secukup rasa

1.  Bancuh tepung beras dan santan sehingga tidak bergentel.
2.  Masuk garam dan masak atas api hingga pekat.
3.  Masuk daun pandan sambil dikacau.
4.  Kacau sentiasa agar tidak berkerak dibahagian dasarnya
     sehingga likat dan berkilat permukaannya. 



Nota :  Semasa dikacau, bila kita dapat melihat bahagian dasar periuk, itu tandanya ia dah masak dan boleh dimasukkan ke dalam acuan.  Biar sejuk, barulah dipotong dan makan dengan air gula melaka.



Air gula melaka
1 ketul (30 gm) gula melaka dan 2 cawan air dimasak bersama daun pandan.  Selalunya aku campur seketul halia yang telah diketuk.



Ole-ole dari kawan Suzana

Alhamdulillah.  Terima kasih.



Neighbour yang merimaskan


Malam tadi lebih kurang pukul 2.15am aku dikejutkan dengan ketukan besi yang cukup kuat sehingga satu blok boleh dengar.  Beberapa orang dah mula keluar dan marah-marah dengan seorang neighbour yang memang suka bercakap menjerit-jerit tak kira waktu.  

Kalau mereka on tv atau radio punyalah kuat, macamlah blok ni dia yang punya.  Dahlah anak-anak mereka tu ramai, suka berlari-lari dan menjerit-jerit dikoridor sehingga memekakkan telinga dan menganggu ketenteraman hidup penghuni lain. 

Kot ye pun kunci rumah hilang, cubalah buka esok pagi.  Takkan diorang ni tak boleh faham, orang lain yang nak tido, nak belajar ke, nak beribadat ke.

Penghuni semuanya Islam tapi aku rasa macam hidup dengan bangsa asing.  Patutnya mereka lebih faham sebagai seorang Islam, mungkin ada yang nak sembahyang atau mengaji al-quran bila2 masa.  Rumah kan tempat untuk kita berihat dengan tenang dan damai.   Pernah terjadi, neighbour sebelah rumah aku terjerit2 berkaraoke masa azan zohor sedang berkumandang.  Sedangkan surau kami terletak betul-betul di bawah unit rumah mereka. Sampai pukul 4 petang baru mereka berhenti berkaraoke. 

Aku pernah panggil lawyer datang rumah aku nak ambil tindakan undang2 pada neighbour2 yang suka buat bising ni.  Waktu lawyer tu datang rumah aku, memang salah seorang neighbour aku ni tengah berkaraoke punyalah kuat sampai kami terpaksa bercakap menjerit2.

Setelah beberapa perbincangan dibuat, suasana bising ni menjadi reda.  Tapi sekarang dah start semula nampaknya.


Monday, November 29, 2010

Telur Bungkus




2 biji telur
1/4 cawan daging cincang
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2" carrot  
3" celery
2 biji cili padi
1 st sos tiram
1 st sos cili
secubit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
1 sb minyak zaitun

1.  Bawang besar, bawang putih dan carrot dipotong dadu.  Celery dipotong nipis dan cili padi dipotong halus.



2.  Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. 

3.  Masuk daging cincang, serbuk lada hitam, carrot dan celery.   Tumis lagi hingga daging bertukar warna sedikit pudar.



4.  Masuk sos tiram, sos cili, cili padi dan garam.  Masak hingga kering.  Ketepikan.


5.  Pukul telur dengan sedikit garam.  Panaskan kuali.  Kuali kena betul-betul panas supaya telur tidak melekat.  Tebarkan telur hingga rata dalam kuali.  Tebaran telur tu jangan tebal sangat, nanti permukaan atasnya tak masak dan telur tu bau hanyir pulak.



Biar telur tu masak hingga lekang dengan sendirinya dari kuali.  Tak perlu terbalikkan telur tu.  Disebabkan aku tak suka telur yang ada mentah sikit, so aku biar permukaan telur tu betul-betul masak.  Padamkan api.  Biarkan telur itu di dalam kuali.



6.  Letak daging yang dimasak tadi di tengah-tengah telur yang didadar itu dan bungkus.


7.  Telingkupkan pinggan leper dalam kuali yang berisi telur bungkus itu dan terbalikkan kuali.  Maka taklah terburai isi telur bungkus tu bila terletak dalam pinggan.



 

Kuih Kasturi


Mula-mula kenalah sediakan inti kacang hijau:
1 cawan kacang hijau                   
2 sb tepung gandum                                                   
3 sb gula pasir                             
air secukupnya untuk merebus kacang

Beter (digaul bersama) :
1/2 cawan tepung beras 
1 st air kapur
1/2 cawan air
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa



1.  Kacang hijau direbus dengan air sehingga kacang lembut dan hancur sedikit.

2.  Kemudian masuk tepung gandum, gula pasir dan garam.  Kalau nak masuk kelapa parut sedikit pun boleh.  Masak lagi hingga pekat.



4.  Sejukkan adunan inti itu dan bulat-bulatkan.

5.  Kemudian leperkan sedikit dan celup ke dalam beter tadi lalu digoreng hingga garing.



Kalau hendakkan kuih yang bentuknya lebih cantik dan kemas, bolehlah dicanaikan adunan inti itu berlapikkan plastik.  Lepas itu terapkan dengan acuan bulat.  Kemudian dijemur sekejap inti itu di bawah cahaya matahari supaya kering sedikit.

Bila hendak digoreng, barulah dicelup ke dalam adunan beter dan digoreng hingga garing.  Dulu-dulu inilah caranya yang dibuat oleh peniaga kuih kasturi ni di kampung-kampung.  Zaman sekarang semuanya ekspress.




Kek Coklat Kukus





375 gm mentega    
1 cawan susu cair
2 cawan gula halus
1 st esen vanila
4 biji telur
2 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan koko
1 st baking powder


1.  Cairkan mentega dalam periuk.

2.  Masuk susu cair, gula dan esen vanila.  Kacau perlahan sehingga sebati.  Tutup api dan biarkan ia suam.

3.  Pukul telur hingga naik dan masukkan dalam adunan yang dimasak tadi.  Gaul hingga sebati.



4.  Ayak bersama tepung, koko, bpowder dan soda bikarbonat. Masuk dalam adunan telur tadi dan digaul hingga sebati.

5.  Masuk adunan dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan baking paper.


6.  Kukus kek selama 2.5 jam atau 3 jam atau hingga masak.




      

Daging Paprik


Semalam balik dari kerja, aku masak Daging Paprik aje untuk makan malam aku.  Suzana balik kampung.  Ramai orang tanya kenapa aku tak makan aje di kedai.  Hmmm... aku ni saje suka nak masak.


500 gm daging
4" carrot
10 tangkai kacang buncis
1 batang serai
3 helai daun limau purut
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Dicampur semua
2 sb sos cili
1 sb sos tomato
2 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1/2 cawan air

1.  Daging dipotong nipis.  Carrot dipotong memanjang.   Kacang buncis dipotong serong.  Serai dititik.  Bawang besar dan bawang putih dihiris.


2.  Panaskan minyak dan tumis bawang hingga kekuningan.  


3.  Masuk daging, campuran sos, serai, carrot, kacang buncis, daun limau purut dan garam.

4.  Masak hingga daging empuk dan masakan menjadi kering. Sekiranya daging masih belum empuk tapi masakan telah kering, masukkan sedikit air dan masak lagi.




Sunday, November 28, 2010

Wedding function yang tak well-organized




Dahlah semalam aku keje 7am-11pm sebab wedding function yang tak well organized tapi banyak menyusahkan aku dan management.

Sebelum ni aku selalu jugak ambil wedding function yang tetamunya 2000 orang pun tak buat aku pening kepala macam ni.

Syarat-syarat kami yang mesti mereka ikut, tak diikut.  Lepas tu saudara-mara mereka nak bising-bising lagi.  Kalau tak tau apa perjanjian yang kami buat secara bertulis, janganlah nak menyibuk.

Payment pun teruk, asyik kelentong kami aje.  Dari awal lagi aku dah bagitau caterer yang aku nak cancel function ni sebab aku dah nampak macam ada banyak masalah yang akan timbul tapi mereka nak buat jugak..so aku terpaksalah benarkan jugak sebab kesian.

Janji habis 10pm tapi rupa-rupanya dekat 1am baru staf aku dapat balik.  

Dah tu bila aku datang pagi tadi kerusi-meja tunggang-langgang kat tengah-tengah lobby tak dikemaskan malam tadi seperti yang dijanjikan.  Sampai pukul 4pm pun tak clear lagi lobby nih.

Pulak tu kalau hari Ahad, memang ramai orang datang kat tempat kami join aktiviti yang kami ada.  Memang geram dan bengang.



Correct Way of Eating Fruits

Eat Fresh Fruits
We all think eating fruits means
simply buying fruit, cutting it and
just popping it into our mouths.
You will benefit much more
if you know how and when to eat.

Correct Way of Eating Fruits
Fruits should be taken
in an empty stomach…
not as dessert after the meal
as is often done.
If you eat fruit like that, it will also serve
a major role to detoxify your system, supplying you

with a great deal of energy
for weight loss and other life activities.


Fruit is the Most Important Food
Let's say you eat two slices of bread
and then a slice of fruit.
As fruit digests faster than bread,
the slice of fruit digests quickly
and is ready to go straight through
the stomach into the intestines,
but its passage is blocked by the bread which takes longer to digest…

…In the meantime the whole meal ferments and turns to acid.
Consequently, when the fruit comes
into contact with the food
in the stomach and digestive juices,
the entire mass of food begins
to spoil.
So it is better to eat your fruits in an empty stomach or
before your meals !

You have heard people complaining –
every time I eat water-melon I burp,
when I eat durian my stomach bloats up,
when I eat banana
I feel like running to the toilet etc –
actually all this will not arise if you eat
the fruit in an empty stomach.
The fruit mixes with the putrefying other food and

produces gas and hence you will bloat !

Graying hair, balding, nervous outburst,
dark circles under the eyes
all these will not happen if
you take fruits in an empty stomach.
It is incorrectly presumed that some fruits
like orange and lemon are acidic and will enhance

acidity in the stomach.
Research however shows
that all fruits become alkaline
in our body.

When you need to drink fruit juice –
drink only fresh fruit juice,
NOT from the cans.
Don't drink juice that has been heated up.
Don't eat cooked fruits because
you don't get the nutrients at all.
You only get to taste.
So stop making 'durian porridge'
if you want nutrients.
Cooking fruit destroys all the vitamins.

Eating the pulp or whole fruit
is far better than drinking the juice
as the fibre is good for you.
If you should drink the juice,
drink it mouthful by mouthful slowly,
because you must let it mix
with your saliva before swallowing it.

A 3-day "fruit fast" is
a very simple and effective way
to cleanse and de-toxify your body.
Just eat fruits and drink fruit juice throughout the

3 days and you will be surprised when your friends
tell you how radiant you look !
During the "fruit fast" you can eat different fruits

at different times, although occasionally mixed
fruit salad would also be permissible and more interesting.

If you have mastered
the correct way of eating fruits,
you have the secret of beauty,
longevity, health, energy,
happiness and normal weight.


Saturday, November 27, 2010

Kecantikan


source :  raqynrafiqin

Menghapuskan Urat Timbul di Kaki Waktu Mengandung
Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yg timbul pada setiap malam. Apabila tidur letak kaki di atas bantal supaya kaki lebih tinggi sedikit.

Senggugut
Amalkan petua ini tiga hari berturut-turut. Ambil 7 biji limau nipis dicampur dgn segenggam beras lalu diembunkan semalaman. Minum air tersebut pada sebelah pagi sebelum bersarapan.

Menghilangkan Jeragat
Cuci muka sehingga bersih. Ambil sedikit telur putih, campur dengan sedikit air perahan lemon. Sapukan ke seluruh wajah dan biar semalaman. Kalau tak tahan, 15 minit pon dah memadai. Cuci muka dengan air suam. Kemudian cuci dgn facial wash dan bilas dgn air sejuk dari peti sejuk.

Mengempiskan Perut
Campur minyak kayu putih, kapur sirih dan air perahan limau nipis. Gaul sebati dan sapu di perut. Balut dengan kain/girdle/bekung.

Menghilangkan Hitam di Ketiak
Campur air perahan limau nipis dengan kapur hingga sebati. Sapu pada ketiak sebelum mandi. Biar ia kering, kemudian bersihkan.

Membuang Toksid Dalam Badan
Cara paling senang, mudah dan jimat. Perah sebiji limau nipis ke dalam satu gelas air suam. Minum setiap pagi sebelum sarapan diikuti segelas besar air putih pada setiap jam berikutnya.

Melangsing Badan 1
Perah sebiji limau nipis atau setengah biji lemon ke dalam satu gelas air suam. Minum sebelum tidur. Boleh jugak diminum selepas makan tengah hari dan makan malam.

Melangsingkan badan 2
Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1-Dua biji lobak merah dipotong
2-Sebiji mentimun segar,
3-Sebiji limau nipis,
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.


Tubuh Harum & Segar
Cincang halus-halus kulit buah oren. Celur di dalam secawan air panas yang telah mendidih. Biar hingga menjadi kuning dan berminyak. Sapukan air limau tersebut ke seluruh badan setiap kali selepas mandi. Insya'allah tubuh anda akan berasa sungguh harum dan segar.

Merdukan Suara
Merdukan suara dengan air suam yang diperahkan limau nipis. campurkan gula batu dan biarkan semalaman. Keesokkannya, sebelum gosok gigi atau berkumur dan minum air itu. "



Tanda-tanda sakit

Risalah ini bagus untuk pengetahuan am dan peringatan....... Aku dapat info ni dari satu fotopage.
Tanda tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda:

1. MATA

Bertindak balas dengan keadaan hati.
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi.Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid
berlebihan.
iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak :  Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin
di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang
banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering . Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5.BIBIR

Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem
penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH

Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser)
Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7.TELINGA

Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung :  Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8.KULIT

1)  Berpeluh :
     a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
     b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
2. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
3. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
4. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


9.RAMBUT GUGUR

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


10. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a) SAKIT SENDI
    i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
    ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
    iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN
    Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN .
   Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit  jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI .
    Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI .
    Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI .
    Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI.
    Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI .
    Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

11. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


12. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

1. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
2. MUNTAH DARAH
    i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
    ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK .
    Tanda sakit jantung.
4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

13. KENCING

a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

14. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
    i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
    ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

15. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
    i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
    ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
    iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
    iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk    menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

16. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

17. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

18. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.

19. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

20. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL

Sistem penghadaman yang lemah.



Kangkung Masak Lemak Cili Api Dengan Udang




1 ikat sayur kangkung
10 ekor udang
1 biji kelapa
2 helai daun kunyit
2 batang serai
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2" kunyit hidup
2 sb udang kering

1.  Kelapa diperah dengan 1/2 cawan air untuk santan pekat.  Perahan kedua gunakan 2 cawan air untuk santan cair.

2.  Masukkan bahan tumbuk, santan cair dan sayur ke dalam periuk.  Didihkan sambil dikacau-kacau.


3.  Bila dah mendidih, masukkan daun kunyit, serai, santan pekat dan garam.  Daun kunyit dan serai itu bagi menyedapkan lagi aroma kuah itu.  

4.  Kuah tu kenalah selalu dikacau-kacau sampai mendidih supaya tidak pecah minyak.






Sambal Darat




Aku tak tahu mana datangnya nama Sambal Darat ni.  Sedari kecil lagi keluarga aku memang selalu masak lauk ni.  Sedap.  Tambah lagi kalau aku yang masak....eiii gelinya, masuk bakul angkat sendiri.  Kahkahkah..



300 gm cili hijau  (boleh juga campur 2-3 biji cili merah)
1 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih
1 sb taucu 
2" belacan
3 sb air asam jawa
1 cawan ikan bilis goreng/udang kertas
2 sb minyak
garam


1.  Cili hijau dihiris, dimasukkan dalam penapis berlubang agak besar sambil dilalukan dibawah air paip dan dibuang sedikit bijinya.

2.  Bawang besar dan bawang putih juga dihiris.  Belacan dihancurkan atau boleh diramaskan bersama bawang tadi.

3.  Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis/udang kertas.  Bila dah garing, angkat dan ketepikan.  Dalam bekas minyak yang sama, tumiskan campuran bawang tadi sehingga naik bau.

4.  Masuk cili hijau dan gorengkan sekejap.  Lepas itu masukkan air asam jawa.  Bila masakan dah hampir kering, masukkan taucu dan garam.  

5.  Akhir sekali masuk ikan bilis/udang kertas dan masak lagi hingga masakan ini menjadi kering. 






Roti Saj / Roti Rumali




2 cawan tepung gandum
1 sb minyak 
1/2 cawan air
secubit garam

1.  Gaulkan tepung dan garam.

2.  Masuk minyak dan gaul lagi.

3.  Akhir sekali masuk air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati dan menjadi doh yang lembut.  Perapkan 30 minit.

4.  Uli semula doh itu sambil dibulatkan menjadi doh yang licin. Bahagi doh kepada beberapa bahagian.

5.  Leperkan sedikit bebola doh itu dan salutkan seluruh doh itu dengan tepung.



6.  Canai nipis doh itu.

7.  Terlangkupkan kuali atas api.  Sapukan sedikit minyak di belakang kuali itu.  Bila kuali dah panas, letakkan doh yang telah dicanai itu.  

8.  Masaklah roti itu hingga nampak gelembung-gelembung di permukaannya.  Lepas itu terbalikkan roti dan dimasak lagi.  Bila dah masak, angkat.






Sayur Kuluh Masak Lemak Cili Api


Waktu tu sebenarnya aku sedang cari buah sukun di pasar tani taman melawati tapi tak ada.  Tup-tup jumpa pulak sayur kuluh.  Itupun selepas puas bersuluh sana sini cari buah sukun.   So aku sebatlah 2 biji. 



Sebiji aku gomolkan dengan cili api (MASAK LEMAK CILI API) dan sebiji lagi aku gomolkan dengan rempah (MASAK LEMAK BEREMPAH).   

Disebabkan aku hanya makan berdua dengan Sibola-bola ku, aku bagi-bagilah kuah tu pada staf dan kawan-kawan aku.  Sama-samalah merasa masakan ku yang teramatlah sedapnya pada aku.   Tekak yang lain tu ......tak dapat nak aku layan...Sedap, makan...Tak sedap, bagi lah kat Mr. Tong Sam Pah.  Dia memang tak pernah kata TAK NAK.



Bahan-bahan :
1 biji sayur kuluh
1 biji kelapa
2 1/2 cawan air
2 batang serai
garam secukup rasa

Bahan dikisar halus :
10 biji cili api
20 gm kunyit hidup
2 sb udang kering

1.  Sayur kuluh dibuang kulit dan dipotong kecil.  Rendam dalam air garam sebelum masak bagi mengelakkan ia menjadi lebam. Lepas itu masukkan sayur kuluh dan air bersih ke dalam periuk dan rebus hingga empuk.  Toskan.

2.  Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.

3.  Masukkan bahan kisar dan santan cair ke dalam periuk.  Masak hingga mendidih sambil dikacau.

4.  Lepas itu masukkan serai, sayur kuluh yang telah direbus tadi, santan pekat dan garam.  Masaklah dengan api kecil hingga mendidih tapi haruslah dikacau-kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.  Kalau tak, kuah akan menjadi cair semula.




Friday, November 26, 2010

Daging Kerisek Berempah


Terima kasih pada Kak Filah sudi bagi daging korban.  Hari Selasa hari tu aku dapat balik awal, so aku cubalah masak Daging Kerisek Berempah, Nasi Portugis dan Sayur Kacang Buncis.  Dah lama aku simpan resipi ni pun.  Inilah pertama kali aku cuba masakan ini.  Memang sedap.  Adik aku pada mulanya kata tak nak makan nasi sebab takut gemuk, jadi tambah 2 pinggan.


500 gm daging tanpa lemak 
1 sb kerisek
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili merah                                 
1 biji cili hijau/3 biji cili padi
1 batang serai - dititik
1/2 cawan air
1/2 cawan kicap lemak manis

Bahan kisar :
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih 
1/2" lengkuas
2 batang serai
1 sb ketumbar
1/2 st jintan kasar
1/2 st jintan halus
1/2 " kunyit hidup
1 st lada hitam


1.  Daging dipotong nipis.  Satukan daging dengan separuh dari bahan kisar.  Perap 2 jam.

2.  Tumis bahan kisar yang selebihnya hingga naik bau.


3.  Masuk daging bersama serai yang dititik dan masak lagi hingga daging empuk.


4.  Masuk air dan kerisek.  Biar mendidih.

5.  Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, cili hijau/cili padi, cili merah dan kicap.  Masaklah lagi hingga kering sambil dibalik-balikkan daging itu.



Nasi Portugis



Aku dapat resepi ni dari favourite blog aku, Dapur Tanpa Sempadan.   Memang sedap nasi ni.  Tapi orang Portugis pernah masak ke nasi ni? 


2 cawan beras basmathi 
1 cawan santan
2 helai daun pandan
2 sb minyak 
1 pokok daun ketumbar - dihiris halus
1/4 cawan biji gajus 
bawang goreng secukupnya

Bahan direbus bersama:
200 gm daging tanpa lemak
3 ulas bawang putih  - diketuk
1" halia - diketuk
500 ml air

Bahan kisar :
3 st jintan manis
1 st jintan putih 
5 tangkai cili kering  

Bahan tumis :                                           
5 ulas bawang merah - hiris                      
2 ulas bawang putih - hiris                                           
2" kulit kayu manis                                                
1 kuntum bunga lawang
5 bunga cengkih
3 buah pelaga

1.  Masuk daging, bawang putih, halia dan air dalam periuk.  Rebus hingga daging empuk.  

2.  Lepas itu panaskan minyak dalam dalam periuk nasi dan masak daging itu hingga nampak garing luarannya.  Kemudian dipotong nipis.  Ketepikan.  Gorengkan sekejap biji gajus dan ketepikan.


3.  Bekas minyak menggoreng daging tadi ditumis bahan tumis hingga naik bau.  Tambah minyak jika perlu.


4.  Kemudian masukkan bahan kisar dan daun pandan.  Tumis lagi hingga garing.  

5.  Masuk pula beras dan goreng sekejap.  Lepas itu tuang santan, 2 cawan air rebusan daging dan garam.

6.  Masak nasi hingga nasi betul-betul masak.  Akhir sekali masukkan hirisan daging goreng tadi, biji gajus, daun ketumbar dan bawang goreng.  Gaul rata.




Bengang


Hari ni aku balik pukul 2.00 pm sebab aku dah letih sangat. Ingatkan dapat rehat tapi kecewa yang amat sangat.  Bengang pun ye jugak.  Neighbour sebelah rumah aku pasang music bukan main kuat.  Sakit dada aku dibuatnya.  Dah tu bila buka aje balcony, nampak sampah bersepah-sepah atas awning di depan balcony aku. Sakitnya mata aku.

Neighbour sebelah rumah aku ni macam tak bertamadun.  Dia orang tu sesuai tinggal kat lot banglo aje.  Biar terpisah dari neighbour lain pasal dorang ni suka buat bising.

Dah beberapa kali aku tegur secara baik tapi mereka buat hal jugak.  Kalau ikutkan hati panas aku, nak aje aku ambil tindakan undang-undang.  Mereka ni tak tahu etika hidup dalam apartment.  Dah 3 tahun aku alami masalah bising ni.  Betul-betul spoil mood aku hari ni.








Buah Tangan Dari gf Rashdan


Bestnya...dapat Ikan Pekasam, Daging Dendeng dan Pulut Hitam dari Kedah.  Terima kasih ya Dan.




Air Sirap




1 liter air
100 gm gula batu
2 helai daun pandan
1/4 st pewarna merah
beberapa titik esen ros
beberapa ketulan ais

1.  Masak air, gula batu dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut.  

2.  Masukkan pewarna merah dan esen ros.  Tapiskan. 

3.  Tuang sirap dalam jug.  Letak ketulan ais dan boleh dihidangkan.