....roti yang sungguh gebus bak kapas.
2 cawan tepung gandum
1/4 st garam
1/2 st baking powder
1/2 st yis
1 sb gula pasir
1/2 cawan air suam
1/4 cawan plain yogurt
1/4 cawan minyak jagung
sedikit kepingan badam dan biji kuaci
sedikit butterscotch sauce
1. Larutkan yis ke dalam air suam bersama gula pasir. Biarkan sehingga ia berbuih.
2. Campurkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk adunan.
3. Masukkan larutan yis tadi. Gaul sikit. Lepas tu masuk yogurt. Gaul lagi.
4. Kemudian masuk minyak jagung dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
5. Sapukan sedikit minyak di keliling mangkuk adunan dan letakkan doh itu ke dalamnya. Tutupkan mangkuk adunan tu dengan wrapping plastik atau apa-apa aje asalkan tak boleh masuk angin. Biarkan doh itu naik 2x ganda.
5. Lepas tu tumbukkan (dengan buku lima tangan) di bahagian tengah doh bagi keluarkan angin.
6. Sapukan tapak tangan dengan sedikit minyak jagung dan bahagi doh 9 ketul. Bulat-bulatkan. Yang pastinya masa membulatkan tu, tangan kena berminyak. Susunkan dalam loyang 6" yang telah disapu dengan minyak jagung. Buatlah hingga habis.
7. Taburkan dipermukaannya dengan kepingan badam, kuaci dan gula pasir kasar. Lepas itu tutup loyang dengan wrapping plastik dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
8. Kemudian barulah dibakar pada suhu 180C. 10 minit pertama guna api bawah aje dan 15 minit lagi gunakan api atas dan bawah.
Kebanyakkan resipi menunjukkan roti ni dimakan dengan butterscotch sauce tapi boleh juga dimakan begitu sahaja. Resipi butterscotch sauce di sini
Aku pun buat juga butterscotch sauce tu tapi butterscotch yang tidak gunakan butter....sebab stok butter dah habis. Ha...aku guna planta aje. Sedap yer sos ini. Masa nak makan aje tuangkan sos itu.
No comments:
Post a Comment