Friday, March 1, 2013

Nasi Minyak Hujan Panas




2 cawan beras basmathi
6 ulas bawang merah - dihiris/ditumbuk
2 ulas bawang putih - dihiris/ditumbuk
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2.5 cawan air
1/2 cawan santan/susu cair
garam
2 sb minyak / minyak sapi
3 jenis pewarna makanan 
2 helai daun pandan
bawang goreng
daun ketumbar - dihiris

1.  Beras direndam dalam 20 minit.  Ia bergantung pada jenis beras yang digunakan.

2.  Panaskan minyak / minyak sapi.  Tumiskan bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.

3.  Masuk air, santan/susu, garam dan daun pandan.  Bila air mendidih, masukkan beras.  Bila nasi hampir kering, titikkan bebrapa jenis pewarna.  Tutup periuk dan biarkan nasi masak sempurna.  




5.  Kemudian kais-kaiskan nasi tu dengan garfu ataupun senduk khas.  Kaiskan nasi perlahan-lahan supaya nasi tak hancur.  

Masa menghidang, taburkan bawang goreng/daun ketumbar.





No comments:

Post a Comment