Sampai berkali-kali wedding planner Kak Syidah dari BAYU WEDDINGS menyakinkan aku. Ini disebabkan saudara-mara pengantin perempuan ramai yang datang dari Terengganu dan Kelantan. Jumaat kan cuti umum kat sana.
Tu kereta yang dinaiki oleh pengantin...
Plan asal mereka nak buat platform kat atas swimming pool tu tapi terpaksa dibatalkan atas sebab2 tertentu. Kalau tidak, mesti cantik. |
Di tempat aku ni, kalau wedding waktu malam memang aku syorkan ambil Bayu Weddings uruskan segalanya. Bukan apa, dorang ni "dengar cakap" hehehe. Kerjasama tu penting. Tak kiralah majlis tu kecil atau besar.
Aku memang tak ambil sebarangan wedding planner atau caterer untuk event malam. Masa setting dan masa nak mengemas tu penting. Hanya wedding planner tertentu sahaja dibenarkan dan Bayu Weddings memang dalam senarai kami.
Tentang harga tu boleh dibawa berunding, kalau budget sikit baik cakap terus-terang. Senang nak plan. Almaklum lah majlis perkahwinan sekarang bukan main mahal lagi.
No comments:
Post a Comment