3 cawan kacang tanah
3 ulas bawang putih
4 tangkai daun kari
1 sb cili flakes
1/2 st garam
3 cawan minyak untuk menggoreng
1. Kacang tanah dicuci dan toskan hingga kering. Kalau dijemur di panas matahari pun boleh juga.
2. Bawang putih diketuk biar pecah sedikit.
3. Panaskan minyak. Masukkan kacang, bawang putih dan daun kari. Goreng hingga kacang garing.
4. Kemudian toskan kacang dan gaulkan kacang dengan garam dan cili flakes. Simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment