1 tin jagung berkrim
1.5 cawan susu cair
1 cawan tepung kastad
1 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk. Kacaukan hingga sebati. Lepas itu masakkan adunan itu hingga pekat berkilat. Bila diangkat dengan sudu, adunan itu tidak meleleh tapi akan jatuh perlahan, itu tanda adunan itu sudah masak. Bolehlah dimasukkan dalam acuan dan sejukkan.
Bila dimakan, puding ini rasa lebih berkrim di bahagian tengahnya. |
Sebahagian lagi aku masukkan adunan puding itu ke dalam bekas. Biar keras. Bila hendak dimakan , letakkan cream jagung diatasnya. |
No comments:
Post a Comment