Wednesday, March 13, 2013

Asam Pedas Ubi Keladi




1 biji ubi keladi
1/2 cawan cili kisar
2 batang serai
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" belacan
3" kunyit hidup
2 sb asam jawa
2 cawan air 
4 helai daun limau purut
1/4 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Kupas kulit ubi keladi.  Harus diingat semasa mengupas keladi tu jangan sekali-kali kena air.  Akibatnya akan kegatalan seluruh tangan nanti.  Kemudian potongkan keladi tu.  Rebus keladi tu hingga empuk dan toskan.

2.  Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan belacan.  Tumbuk kasar-kasar aje.  Cuma kunyit hidup tu kena halus sedikit.  Serai diketuk.  Asam jawa diramas dengan sedikit air.

3.  Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.  Lepas itu masuk cili kisar dan serai.  Tumis lagi hingga pecah minyak.

4.  Kemudian masukkan air asam jawa, air dan garam.  Bila mendidih masukkan keladi yang direbus tadi bersama daun limu purut.  Biar mendidih sekali lagi dan tutup api.




No comments:

Post a Comment