Thursday, May 28, 2020

Apple Crumble Cake




Bahan A :
1/3 cawan tepung gandum
3 sb gula pasir
6 1/2 st serbuk badam
1/2 st serbuk kulit kayu manis
2 sb butter sejuk

Campurkan semua bahan sambil diramas supaya kasar-kasar berketul-ketul.  Pastikan butter itu sejuk dari peti ais.  Simpan crumble ini dalam peti ais sementara kita buat bahagian lain.





Bahan B :
3 biji epal (granny)
1/4 cawan gula pasir
1 st serbuk kulit kayu manis
2 sb jus lemon
1/2 st garam

Epal dipotong dadu.  Kalau guna epal merah atau hijau saiz besar, cukup 1 atau 2 biji saja.  
Gaulkan semua bahan dan dimasak hingga gula menjadi berkaramel.  Sejukkan.





Bahan C :
1/2 cawan butter
1/4 cawan gula castor
2 biji telur
1 st esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 st baking powder
1/4 st garam
2 sb susu cair

1.  Pukul butter dan gula hingga berkrim.
2.  Masuk telur dan esen vanila.  Pukul lagi.
3.  Lepas itu masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan garam.  Masukkan sedikit demi sedikit sambil dikaup dan balik hingga sebati.
4.  Akhir sekali masuk susu cair.  Kaup dan balik hingga sebati.
5.  Masukkan adunan ini ke dalam acuan bulat bersaiz 7" yang telah disapu butter dan ditabur tepung gandum.  
Ratakan adunan itu dan taburkan diatasnya inti epal tadi (Bahan B).  Kemudian ditaburkan crumble tadi (Bahan A) rata-rata di permukaan inti epal tadi.








Sedap kek ini.  Masam-masam manis rasanya.  Bergabung pula dengan haruman kayu manis...



Tuesday, May 26, 2020

Puas Hati Dapat Buat Ketupat Daun Kelapa




Daun pucuk kelapa secukupnya
Beras secukupnya

Sukatan beras yang tepat agak sukar nak dinyatakan.  Saiz daun kelapa berbeza-beza dan hasil saiz ketupat tu jugak akan berbeza.  

Basuh beras sikit dulu.  Kalau tak cukup, tambahlah lagi.  Lepas basuh beras tu bersih-bersih, toskan.



Selalunya bila raya, kita akan anyam ketupat tu sehari awal kalau banyak.  Daun kelapa yang telah dianyam bentuk ketupat tu kita sebut kelongsong.  Untuk elakkan kelongsong ketupat tu kering atau mengecut, kita rendam dalam air.  Esok tinggal nak masukkan beras aje.


Kali ni adik aku dak suzana yang anyam ketupat ni.  Aku masukkan beras dan rebus ketupat aje.  



Masukkan beras itu separuh dari saiz ketupat.  Kemaskan bucu ketupat itu.  Bila dah siap semuanya, masukkan ketupat itu ke dalam periuk besar.  Masukkan air hingga tenggelam ketupat tu dan biarlah air itu lebih tinggi dari paras ketupat itu.



Rebus ketupat itu hingga masak.  Tambah air jika perlu.  Lama jugak nak masak ketupat ni.  Bila dah siap masak, ambil ketupat itu 5 biji dan diikat ekornya.  Gantungkan dipalang kayu atau besi supaya tos airnya dan tidak cepat basi. 





Hidangkan ketupat ini bersama rendang, sambal tumis, kari pekat, serunding atau kuah lodeh.





Sunday, May 24, 2020

Nasi Mandhy




2 cawan beras basmathi
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (saiz kecil)
5 biji cili hijau
1 sb rempah nasi mandhy/mendi
secubit saffron
1/2 cawan air panas
2 1/2 cawan air
1 sb minyak sapi
secekak daun ketumbar
sedikit kismis
garam secukup rasa

1.  Beras basmathi dibasuh bersih dan direndam dalam 20 minit. Toskan airnya.

2.  Bawang putih dikupas kulit dan dibiarkan sebiji-sebiji.  Disini bawang putih itu dibelah dua dan dibuang tunas ditengahnya.

Bawang besar dihiris.  Cili hijau dipotong tebal.  Saffron direndam dengan 1/2 cawan air panas tadi hingga warnanya keluar.

3.  Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga kekuningan.

4.  Kemudian masuk bawang besar.  Tumis lagi hingga bawang layu dan masuk cili hijau.

5.  Lepas itu masuk rempah nasi mandhy .  Tumis sekejap dan masukkan daun ketumbar.  Gaul-gaulkan dan masuk beras.  Gorengkan beras itu dalam 3-4 minit.

6.  Akhir sekali masuk saffron bersama air rendamannya dan air secukupnya serta garam.  Penggunaan air biasa itu boleh digantikan dengan air rebusan ayam atau daging.

7.  Tutup periuk dan biarkan nasi masak.  Semasa nasi hampir kering, taburkan minyak sapi di permukaannya dan biarkan ia masak sepenuhnya.





Nasi mandhy ini boleh gunakan ayam atau kambing yang dimasak sekali dengan nasi.  




Wednesday, May 20, 2020

Air Selasih Ku Sayang




1 sb biji selasih
1/2 cawan air bunga telang
500 ml air sejuk
air gula secukupnya
sedikit ketulan ais

1.  Rendam biji selasih dengan air panas hingga kembang.  Bunga telang direbus hingga naik warnanya dan tapis airnya.

2.  Masuk ketulan ais dalam gelas.  Tuang air sejuk dan masuk air gula secukupnya.

3.  Masuk biji selasih dan air bunga telang.






Monday, May 18, 2020

Biskut Bright Eye Susan




250 gm planta
120 gm gula castor
1 biji kuning telur
1 st esen vanila
300 gm tepung gandum
1/2 st baking powder
200 gm badam cincang
200 gm cherry merah jenis sebiji-sebiji

1.  Pukul planta dan gula castor hingga berkrim.
2.  Masuk kuning telur dan esen vanila.  Pukul lagi.
3.  Kemudian masuk tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder sambil diuli menjadi doh.  Doh ini agak lembut.
4.  Bulatkan doh itu kecil-kecil dan golekkan atas badam cincang.  Susun atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper dan tekankan ceri merah ditengahnya.  Ceri merah itu boleh dipotong dua atau empat.
5.  Bakar biskut pada suhu 160c selama 10 minit.





Wantan Ikan Sardin & Fish Ball



2 ekor ikan sardin
5 biji fish ball
2 biji cili padi
5 ekor ikan bilis goreng
1/2 bawang besar
1 biji putih telur
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Ikan sardin dibersihkan dan direbus.  Ambil isinya.  
2.  Ikan bilis goreng ditumbuk.  Cili padi dihiris halus.  Bawang besar didadu kecil.
3.  Masukkan ikan sardin dan fish ball dalam pengisar kering dan kisarkan hingga halus.


4.  Campurkan bahan kisar dengan cili padi, ikan bilis, bawang besar, serbuk lada sulah dan garam.  Gaul hingga sebati.


5.  Ambil sekeping kulit wantan dan sapu putih telur di tepinya.  Letak inti tadi di tengah kulit wantan itu.  Lipat dua.  Ditekan sedikit di tepi bahagian atas kulit wantan itu dan mula dikelim di kedua-dua arah.  Lepas itu kemaskan bentuk wantan itu. 


6.  Panaskan minyak dan goreng wantan itu hingga garing.  Hidangkan wantan bersama sos cili atau sambal kicap.







Sotong Masak ala Thai



5 ekor sotong
3 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 st sos ikan
3/4 cawan air
5 biji limau kasturi
1 batang serai
1 pokok daun ketumbar
gula dan garam secukup rasa

1.  Sotong dibersihkan dan dipotong-potong atau dibiarkan seekor-seekor.  Rebus atau kukus sotong itu dalam 5 minit.  Toskan.

2.  Cili padi, bawang besar, bawang putih dan daun ketumbar dihiris halus.  Serai diambil bahagian putihnya saja dan dihiris.

3.  Masukkan cili padi, bawang besar, bawang putih, serai, air dan sos ikan dalam kuali.  Didihkan sekejap.  

4.  Tutup api dan perahkan jus limau kasturi.  Masuk gula dan garam secukupnya.  Tuangkan sos atas sotong tadi dan taburkan daun ketumbar.


Jus Tembikai Kuning



1/2 biji tembikai kuning
100 gm gula batu
air sejuk secukupnya

1.  Biji-biji tembikai itu dibuang.  
2.  Masukkan tembikai kuning ke dalam blender bersama gula batu.  
3.  Akhir sekali masukkan air sejuk separuh dari paras tembikai itu.  Kisarkan hingga halus dan tuang dalam jug.  


Jika suka boleh dimasukkan ketulan ais tapi bila ais itu mencair, jus itu akan jadi lebih cair.  Lebih baik disejukkan dulu dalam peti ais sebelum dihidang.



Crispy Chicken



300 gm filet ayam
1 st serbuk lada hitam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan breadcrumbs
1 biji telur
1 cawan minyak untuk menggoreng
beberapa helai salad butterhead
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Filet ayam yang telah dipotong digaulkan dengan serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan garam.  Biarkan sekejap dalam 10 minit.  Telur dipukul sedikit bersama sedikit serbuk lada sulah dan garam.

2.  Salutkan filet ayam itu dengan tepung gandum.  Lepas itu celupkan dalam telur yang telah dipukul tadi.

3.  Kemudian golekkan filet ayam itu dalam breadcrumbs.  Panaskan minyak dan goreng filet ayam itu hingga garing kekuningan.  Toskan.

4.  Susun salad butterhead atas pinggan dan letakkan filet ayam goreng itu atas salad butterhead itu. Tuangkan sos thai di atasnya.  Hiaskan dengan cili padi dan boleh dihidangkan .






Wednesday, May 13, 2020

Jus Nenas & Saffron





1 biji nenas
500 ml air sejuk
gula batu secukup rasa
secubit saffron
sedikit ketulan ais
3 biji strawberry

Saffron direndam sekejap dalam air panas hingga timbul warnanya.
Masukkan nenas, air, gula batu dan saffron serta airnya dalam blender dan kisar hingga halus.
Letak ketulan ais dalam gelas dan tuang jus.
Hiaskan dengan strawberry bagi menaikkan warna.



Tuesday, May 12, 2020

Nasi Kerabu



Nasi Kerabu :
2 cawan beras
1 batang serai
1 helai daun limau purut
15 kuntum bunga telang
3 cawan air panas
garam secukup rasa

1.  Bunga telang direbus atau direndam dengan air panas.
2.  Masukkan beras, serai, daun limau purut, air bunga telang dan garam ke dalam loyang.
3.  Kukus nasi hingga nasi masak.  Sesekali balik-balikkan nasi perlahan-lahan.



Sambal Kelapa
1/2 biji kelapa parut
2 ekor ikan sardin
1 keping asam-keping
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia
2 batang serai
1/4 st serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa

1.  Kelapa disangai hingga keperangan.  
2.  Ikan sardin direbus bersama asam keping dan garam.  Ambil isi ikan dan hancurkan.
3.  Bawang merah, bawang putih, halia dan serai dihiris.  
4.  Gorengkan tanpa minyak isi ikan, bawang merah, bawang putih, halia, serai dan serbuk lada hitam hingga kering.  Kemudian campurkan kelapa tadi.  Balik-balikkan dan angkat.
5.  Campurkan gula dan garam secukup rasa.  Akhir sekali ditumbuk atau dikisar kering biar halus sedikit sambal kelapa itu tapi jangan terlalu halus macam serbuk.  


Solok Lada
5 biji cili hijau besar
1/2 cawan kelapa parut
1 ekor ikan sardin 
1 biji kuning telur
1/2 cawan santan
garam secukup rasa

1.  Bersihkan cili, dibelah tengah tapi jangan sampai putus dan dibuang bijinya.
2.  Ikan sardin direbus dan diambil isinya.  Campurkan isi ikan dengan kelapa parut, kuning telur dan garam.  Gaul rata.
3.  Sumbatkan ke dalam cili hijau.  Letak cili-cili itu dalam bekas dan siram atasnya dengan santan.  Kukus 10 minit.

Sambal Tumis :
*1 cawan santan
*15 tangkai cili kering
*2 biji bawang besar
*7 ulas bawang merah
*9 ulas bawang putih
*1" halia
1 keping asam-keping
1 batang serai - diketuk
2 sb gula melaka
garam secukup rasa

1.  Kisar bahan bertanda*.  
2.  Panaskan minyak dan tumis hingga pecah minyak.
3.  Masuk serai, asam keping, gula melaka dan garam.  Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air.

Sos cili merah :
4 biji cili merah
6 biji limau kasturi
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa

Kisar semua bahan.


Ulam-ulaman :
Kobis - dihiris
Daun kesum - dihiris
Bunga kantan - dihiris
Tauge

Gaulkan semua bahan.



Lain-lain bahan sampingan yang biasa dihidang bersama nasi kerabu adalah timun, keropok ikan, ikan goreng tepung atau ayam goreng.