Friday, May 31, 2013

Sawi Tumis Air ala Sup




300 gm sawi
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
6 biji fish ball
2 biji buah pelaga
1" kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 cawan air
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Panaskan minyak dan tumis buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.


2.  Masukkan bawang yang ditumbuk dan tumis lagi hingga bawang menjadi kekuningan.





3.  Kemudian masukkan air diikuti dengan sawi.  Masa ni besarkan api supaya sawi tu cantik hijaunya.  Bila mendidih masuk garam.   Tutup api.









Ikan Kerisi Masak Lemak Bercili



5 ekor ikan kerisi
1 biji kelapa
2 1/2 cawan air
2 batang serai 
1 helai daun kunyit
2 biji limau kasturi
garam secukup rasa

Bahan dikisar halus :
3 biji cili merah
4 ulas bawang merah
2  ulas bawang putih
2 sb udang kering
2" kunyit hidup


1.  Kelapa diperah dengan 1 cawan air untuk santan pekat dan gunakan 1 1/2 cawan air untuk santan cair.

2.  Masukkan bahan tumbuk, santan cair dan serai ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.  

3.  Kemudian masukkan ikan, santan pekat, daun kunyit dan garam. Biarkan hingga ikan masak sambil dikacau perlahan supaya ikan tidak hancur.  Akhir sekali perahkan jus limau kasturi.  Biar sekejap dan tutup api.




Thursday, May 30, 2013

Sawi Goreng Telur



1 ikat sawi
2 biji telur
1/2 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji cili merah - dihiris
2 sb air
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Pecahkan telur dan biarkan seketika.  Masukkan sawi bersama 2 sb air.   

2.  Dibalik-balikkan sayur itu supaya bergaul bersama telur itu. Masa ini gunakan api yang kuat.

3.  Akhir sekali, masukkan garam dan cili merah.  Bila sayur sudah masak, tutup api.


Sunday, May 26, 2013

Kulit Popia Goreng Pedas



1 paket kulit popia
2 sb tepung gandum 
1 1/2 sb air
1 liter minyak untuk menggoreng

Bahan untuk sambal :
1 cawan cili kisar
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 st cuka
4 sb gula
garam secukup rasa
1/4 cawan bijan - disangai 

1.  Kulit popia digulung dan dilekatkan dihujungnya dengan bancuhan tepung.  Kemudian gulungan popia itu dipotong serong.  Panaskan minyak dan goreng popia itu hingga kekuningan. Toskan.



2.  Keluarkan sedikit minyak goreng tadi dan tumis bawang putih serta cili kisar hingga garing.


3.  Masukkan cuka, gula dan garam.  Goreng hingga cili itu pekat dan masukkan bijan.  Akhir sekali barulah dimasukkan kulit popia yang telah digoreng tadi.




Saturday, May 25, 2013

Sour Cream Doughnut




1/2 cawan sour cream
1/2 cawan buttermilk
1/2 cawan gula pasir
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
3/4 st baking soda
1/2 st garam
sedikit serbuk buah pala
1/2 cawan gula ising

1.  Satukan sour cream, buttermilk, gula pasir, telur dan garam. Pukul dengan whisk hingga sebati.  Buttermilk itu boleh digantikan dengan 1/2 cawan susu cair dicampur dengan 1 st cuka atau jus lemon.  Biarkan susu itu dalam 10 minit sebelum digunakan.



2.  Ayak tepung bersama baking soda, serbuk buah pala dan masukkan ke dalam bancuhan sour cream tadi.  Gaul hingga sebati.



Adunan ini sememangnya agak melekit.  Biarkan seketika dalam 10 minit.



3.  Panaskan minyak yang banyak (goreng terendam).  Ambil 1 sb adunan tadi dan bulat-bulatkan menggunakan 2 batang sudu.



4.  Masukkan dalam minyak panas perlahan-lahan. Gorenglah hingga kuning keseluruhan doughnut.  Toskan dalam 10 minit. 



Kemudian digaulkan pada gula ising semasa suam agar gula itu boleh melekat.

Doughnut ini sungguh lembut walaupun dah sejuk.  Jangan sekali-kali masukkan doughnut terus dari kuali ke dalam campuran gula supaya gula tidak cair.





Biskut Kopi Kuaci



200 gm planta
180 gm gula castor
1 biji telur
2 st kopi segera + 1 st air
300 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1 biji kuning telur untuk sapu
kuaci hijau secukupnya

1.  Pukul planta dan gula hingga kembang.  Masuk telur dan pukul lagi hingga sebati.


2.  Masuk pula bancuhan kopi.  Gaul rata.



3.  Akhir sekali masukkan tepung gandum.  Gaul lagi hingga sebati. Alaskan acuan dengan baking paper dan tekankan adunan hingga rata dalam acuan.  Simpan dalam peti ais supaya adunan keras sedikit.  Simpan semalaman pun tak mengapa.  Kemudian dipotong-potong biskut itu, sapu kuning telur dan hias dengan kuaci.


4.  Bakar pada suhu 160C selama 5 minit.  Keluarkan loyang dan potongkan sekali lagi biskut itu supaya cantik sedikit potongan biskut itu.  

Keluarkan biskut yang dipotong itu dan susun ke dalam loyang lain berjarak sedikit dan bakar semula biskut itu hingga masak.  






Friday, May 24, 2013

Mee Goreng Mamak


Bila kita makan mee goreng mamak, rasanya memang berbeza dengan mee goreng melayu.  Yang aku perasan bila makan mee goreng mamak ni, ada satu macam bahan yang agak kasar berbiji-biji dalam mee goreng itu.  Bahan itulah yang membuatkan rasanya berbeza.
Pes kacang dal dan kacang tanah
Mee Goreng Mamak mesti ada ni....
Goreng Udang/Cucur Udang, resipi 
di sini


450 gm mee kuning
100 gm tauge
4 pokok sawi
2 keping tauhu - digoreng dan dipotong
2 sb kacang dal
1 sb kacang tanah
4 sb cili kisar
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 biji bawang besar  - dihiris/dicincang
2 biji telur
1 biji tomato -dipotong berbaji
goreng/cucur udang -dipotong-potong
garam
sedikit kicap (aku tak masuk)
3 biji cili hijau
1 biji timun

1.  Kacang dal dan kacang tanah direndam agar lembut sedikit dan dikisar halus.  Kalau nak campurkan sekali dengan cili pun boleh.


2.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.  Masukkan cili kisar serta kacang dal dan kacang tanah yang dikisar tadi.  Goreng.  Bila hampir garing, tolak ke tepi sedikit dan pecahkan telur.  Biarkan telur itu masak sedikit barulah digaulkan bersama cili tadi.

3.  Masukkan tauhu, tomato, sawi dan goreng/cucur udang.  Biarkan seketika dan masukkan mee.  Kalau suka, masuklah kicap sikit. 

4.  Akhir sekali masukkan tauge dan garam.  Tutup api.

Bila menghidang, taburkan cili hijau dan timun yang dihiris.



Penggunaan lebih cili kisar, kicap dan goreng pes itu lama sedikit akan mempengaruhi warna mee goreng itu.

Jus Longan



1 tin buah longan
1 ketul gula melaka
500 ml air
2 helai daun pandan

Masak air, gula melaka dan daun pandan hingga gula larut. Tapiskan.  Kepekatan dan kemanisan air bergantung pada kehendak masing-masing.  Kalau perlu, tambahlah gula pasir.

Tuang air gula dalam gelas/jug dan masukkan buah longan dan ais. Kalau tak nak letak ais ketul, boleh aje sejukkan terus dalam fridge.

Wangi daun pandan membuatkan jus ini lebih menyegarkan tekak.




Pai Kentang & Carrot



2 keping puff pastry
2 sb butter - cairkan
loyang muffin

Inti :
200 gm kentang
100 gm carrot
100 gm bawang besar
1 st serbuk paprika
2" kulit kayu manis
1 st serbuk lada hitam kasar
1 st jintan manis
1 sb jus lemon
1 sb minyak zaitun
1 pokok daun sup/daun bawang/parsley
garam secukup rasa

1.  Kentang, carrot dan bawang besar didadu kecil.  Daun sup/daun bawang/parsley dihiris.


2.  Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar bersama kulit kayu manis hingga naik bau.  Keluarkan kulit kayu manis itu jika tidak sukakan baunya terlalu kuat.


3.  Masukkan kentang dan carrot dan tumis sekejap lalu masukkan serbuk paprika, lada hitam, jintan manis dan garam.  Gaulkan hingga sebati.  Tutup api dan masukkan jus lemon serta daun sup/daun bawang/parsley.  Kalau tak ada jus lemon, boleh aje dimasukkan air asam jawa.  Masukkan selepas rempah-rempah itu dan masaklah hingga kering.

4.  Satu keping puff pastry itu dipotong kepada 6 bahagian empat persegi.  Letakkan setiap keping pastry ke dalam acuan muffin.  


5.  Sapu butter cair di atas pastry dan letakkan 2 sb inti kentang tadi.  Satu lagi puff pastry itu dipotong kecil sebagai penutup pai itu.  Kemudian sapu lagi butter cair di permukaan pai itu.

6.  Bakar pastry ini pada suhu 160C selama 10 minit.



Buttermilk Caramel Cup Cake



Cara Membuat Karamel :
2 sb butter
1 cawan buttermilk
1 1/2 sb tepung gandum
secubit garam
1/2 cawan brown sugar

1.  Masukkan butter ke dalam periuk dan masak di atas api kecil sehingga butter cair.  
2.  Bila butter mula mencair, masukkan buttermilk.  Gaul rata.
3.  Masukkan 1/2 sb tepung gandum dan gaul sehingga sebati dan adunan menjadi pekat serta tiada lagi tepung berketul-ketul.
4.  Kemudian masukkan brown sugar.  Gaul lagi.
5.  Akhir sekali masukkan lagi 1 sb tepung gandum dan masak hingga menjadi cecair yang likat.

Adunan Kek :
4 sb butter
3/4 cawan gula castor
1 biji telur
3 sb serbuk koko
1/2 cawan buttermilk
1 cawan tepung gandum
1/2 st baking soda
1/2 st garam
1 st cuka

1.  Pukul butter dan gula hingga kembang.
2.  Masuk telur dan pukul lagi hingga sebati.
3.  Masukkan pula serbuk koko dan buttermilk.  Gaulkan hingga serbuk koko bergaul rata.
4.  Masuk tepung sambil dikaupbalikkan hingga sebati.  Akhir sekali masukkan baking soda, garam dan cuka sambil digaul lagi hingga sebati.

Untuk membakar cupcake ini, sediakan loyang cupcake dan paper-cupcake.  Tapi di sini aku gunakan kertas baking yang dipotong empat persegi sahaja.  Sapukan sedikit butter pada loyang cupcake supaya baking paper itu terlekat sedikit.  

Ambil 1 sb adunan kek dan letakkan dalam paper cupcake itu. Kemudian letakkan 1 st adunan karamel dibahagian tengah adunan itu dan ditutup dibahagian atasnya dengan lagi 1 sb adunan kek. Taburkan dibahagian atasnya dengan kepingan badam.

Bakar cupcake pada suhu 180C selama 20 minit.

Dengan adunan ini, kita boleh dapat 12 biji cupcake yang comel.

Satu lagi di sini ialah aku telah menggunakan buttermilk dan butter yang aku buat sendiri menggunakan dairy whipping cream.

Aku masukkan 2 cawan whipping cream ke dalam bekas bertutup rapat dan goncangkan bekas itu sehingga terdengar bunyi kocakkan air.  Buat sehingga nampak ketulan butter yang agak berkilat terasing daripada cecair seperti susu.  Tapiskan.  Butter yang terhasil itu dibungkus didalam kain muslin dan dibasuh di dalam air sejuk/ais kiub dari peti ais beberapa  kali sehingga air sejuk itu menjadi jernih.  
Simpanlah butter dan buttermilk itu di dalam peti ais.





Tuesday, May 21, 2013

Kacang Buncis Goreng Telur



300 gm kacang buncis
1 biji telur
1 biji cili merah 
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sb udang kering

1.  Kacang buncis dipotong serong.  Cili merah dihiris.


2.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk serta cili merah hingga garing.

3.  Masuk kacang buncis dan pecahkan telur ke dalamnya.  Biarkan sekejap dan digaulkan rata.

4.  Akhir sekali masuk garam.  Bila kacang dah masak, tutup api.





Saturday, May 18, 2013

American Cheese Cake


Base :
100 gm oreo tanpa krim - dikisar halus
50 gm butter - dicairkan

Campurkan oreo dan butter hingga sebati.  Padatkan dalam loyang berukuran 8" yang dialas baking paper pada dasar dan kelilingnya serta dilengser dengan butter.  Bakar 5 minit pada suhu 160C.  Sejukkan.

Bahan untuk cheese cake :
100 ml double cream 
30 gm gula castor
30 gm tepung jagung
30 gm butter
250 gm Philadelphia Cream Cheese 
3 biji kuning telur

3 biji putih telur
30 gm gula castor

1.  Pukul cream cheese + 30 gm gula castor + butter hingga tidak berbintil.  Jika cream cheese berketul-ketul, boleh dicairkan menggunakan double-boiler sambil dikacau rata hingga adunan tidak berbintil.

2.  Masukkan kuning telur + tepung jagung + double cream.  Pukul hingga sebati.

3.  Dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur + 30 gm gula castor hingga bertanduk.

4.  Ambil sedikit adunan putih telur (meringue) tadi dan kaup balik ke dalam adunan cheese hingga sebati.  Buat hingga habis.

5.  Tuang ke dalam base biskut tadi.

6.  Bakar secara water bath dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160C selama 45-50 minit atau hingga bahagian atas kek kelihatan keperangan, guna api atas-bawah.



Kek ni lepas bakar, ia akan menurun sedikit.  Kalau sukakan lebih tebal cheesenya, gunakan loyang saiz 6".  
resipi : dari sini