Sunday, February 24, 2013

Sup Sayur Kow Kee Chai




Masa pergi Giant Bukit Antarabangsa, aku ternampak sayur ni yang sememangnya tak pernah tengok pun.  Sekali imbas nampak macam daun inai.  Bila tengok tag, tertulis "Kow Kee Chai" namanya.  Aku pun tanyalah pada seorang pelanggan cina di situ, dia kata sayur ni sedap dibuat sup.  Siap dia ajar lagi macamana nak masak.


Aku pun rembatlah seikat.  Nak cuba masak.  Pada batang sayur ni terdapat duri-duri yang tajam. Daun-daunnya kena dipetik-petik dulu.  Ambil daun sahaja ya.

200 gm sayur kow kee chai
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk 
4" carrot - dipotong bulat
8 biji fish ball
2 cawan air
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan kekuningan.

2.  Masukkan carrot, fish ball, sayur dan air/air rebusan ayam atau daging.  Bila mendidih masuk garam.

3.  Bila menghidang, taburkan bawang goreng.

Sayur ni rasanya manis dan pahit-pahit sedikit macam sayur turi. Memang sedap.



No comments:

Post a Comment