Friday, February 15, 2013

Chai Latte




2 sb serbuk teh
5 biji buah pelaga
2" kulit kayu manis
2" halia - dihiris
700 ml air
160 ml susu segar/susu cair
gula secukupnya

1.  Masukkan serbuk teh, buah pelaga, kulit kayu manis, halia dan air dalam periuk.  Masak hingga mendidih dan serbuk teh kembang. 

2.  Kemudian barulah dimasukkan susu segar / susu cair. Perlahankan api.  Masak lagi hingga mendidih sehingga warna teh bertukar kecoklatannya agak gelap.  


3.  Lepas itu ditapis dan dimasukkan sukatan gula yang diingini.

Pengalaman aku sendiri, minuman ini jangan diminum dengan sukatan yang banyak macam kita minum teh tarik.  Minum sikit-sikit baru boleh dirasakan kesedapan minuman ini.  Sebaiknya digunakan cawan atau gelas yang kecil.  Sebab itu kita selalu tengok orang arab selalu gunakan cawan-cawan atau gelas-gelas yang kecil.  

Step yang kedua itu penting kerana ia boleh mengelakkan rasa muak susu bersatu dengan rempah-rempah itu.  






No comments:

Post a Comment