225 gm tepung gandum
125 gm tepung jagung
1 biji kuning telur - dipukul sedikit
125 gm gula castor
200 gm planta
1 biji kuning telur untuk sapu
biji gajus secukupnya
1. Ayak bersama tepung gandum dan tepung jagung.
2. Masukkan gula dan planta dan gaulkan menggunakan hujung jari hingga berderai.
3. Masukkan telur yang dipukul sedikit tadi. Uli hingga lembut dan dibentukkan seperti buah gajus ataupun boleh juga dicanai dan diterap dengan acuan.
4. Sapukan permukaan biskut dengan kuning telur dan dihias dengan biji gajus.
5. Bakar pada suhu 170C selama 15 minit atau hingga kekuningan.
No comments:
Post a Comment