Bahan untuk pastry :
1/2 lb tepung gandum2 oz planta
1 biji telur - untuk pastry
1 biji telur - untuk sapu atas pastry
3 oz majerin pastry
1/3 cawan air sejuk
1/4 st garam
1. Tepung digaul dengan garam, telur dan planta dengan hujung
jari.
2. Masuk air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga lembut.
3. Canai doh dan sapu dengan majerin pastry dan dilipat 3. Ulang hingga 3x.
4. Kemudian dicanai semula dan diletakkan inti kentang/karipap (resipi di sini) dan digulung.
5. Kemudian dilengkarkan bentuk bulatan di dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan shortening. Lepas itu dikelar-kelarkan pastry tersebut.
6. Akhir sekali disapukan kuning telur di permukaan pastry dan dibakar pada suhu 170C selama 30 minit atau hingga kekuningan.
No comments:
Post a Comment