1/2 ekor ayam
1 biji kelapa
500 ml air
2 batang serai
4 helai daun limau purut
2 sb kerisek
1/4 cawan minyak untuk menumis
garam
Bahan kisar :
20 tangkai cili kering (lebih kurang)
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1" halia
1" lengkuas
3" kunyit hidup
1. Kelapa diperah dengan 500 ml air itu diambil santan. Serai diketuk.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Tumis hingga garing.
3. Masuk ayam, serai dan santan. Masak hingga pecah minyak.
4. Akhir sekali masuk daun limau, kerisek dan garam. Gaul-gaulkan dan biarkan seketika.
Dalam masa memasak ini, jika ayam telah masak, boleh juga dikeluarkan dulu bagi mengelakkan ayam itu hancur. Atau boleh juga ayam itu dimasukkan kemudian setelah rempah tumis pecah minyak.
No comments:
Post a Comment