Bahan untuk sup :
500 gm daging batang pinang - dipotong nipis
1" halia
1 st lada sulah biji
1/2 st jintan manis
1/2 st jintan putih
3 biji buah pelaga
2" kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2.5 liter air
2 pokok daun sup
Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga mendidih dan daging empuk. Masak lama sedikit pun tak apa, lebih sedap rasa supnya.
Bahan untuk nasi :
500 gm beras basmathi
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
5 biji buah pelaga
4" kulit kayu manis
1 sb rempah kurma
1.25 ml air daging + daging
250 ml santan
1 biji tomato - didadu
4 sb minyak
garam secukup rasa
daun sup, bawang goreng
1. Panaskan minyak dan tumis buah pelaga, kulit kayu manis hingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis lagi hingga harum.
3. Masuk beras dan gaul sekejap lalu masukkan tomato, air daging, daging, rempah kurma, santan dan garam.
4. Biarkan nasi masak seperti biasa.
Sukatan air daging dan santan boleh dikira menggunakan sukatan untuk jenis beras yang digunakan.
Rempah kurma itu boleh dilebihkan jika ingin warna nasi itu lebih gelap.
Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan cili merah. Nasi Daging ini dimakan bersama Air Asam atau boleh juga dipanggil Sambal Tomato. Walaupun lauknya ringkas aje tapi memang sedap dan sesuai rasa.
Air Asam
3 biji tomato - dibuang bahagian dalamnya
1 biji bawang besar
1/2" halia
1 biji cili padi
1 biji lemon - ambil jus
2 sb gula
1 sb fish sauce
garam dan daun sup
1. Masuk semua bahan kecuali garam dan daun sup dalam blender. 2. Kisar sekejap sahaja. Jangan terlalu hancur.
3. Akhir sekali masukkan garam dan taburkan daun sup.
No comments:
Post a Comment