Friday, February 1, 2013

Soft Pretzel Bites with Cheese Sauce



Bahagian A 
1 1/2 cawan air suam
1 sb gula pasir
2 1/4 st yeast
4 1/2 cawan tepung gandum
2 st garam
2 auns unsalted butter
1 st minyak masak

Bahagian B
3 cawan air
1 st baking soda
2 sb butter - cairkan
garam

1.  Untuk bahagian A, satukan air, gula, yeast dan garam.  Biarkan yeast itu mengembang.  Jika telah 10 minit tapi tiada apa-apa perubahan, itu maknanya yeast itu tidak menjadi dan perlu dibuat lain.

2.  Campurkan  tepung dan butter.  Gaul-gaulkan dan masukkan bancuhan yeast tadi.  Gaul sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut sehingga tidak melekat di mangkuk.  Jika terlalu keras, tambahkan air sedikit-sedikit sambil diuli hingga lembut.


3.  Alihkan doh ke dalam mangkuk lain yang telah disapu dengan minyak masak.  Tutupkan mangkuk itu dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam atau sehingga doh naik sekali ganda.


4.  Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.  Pastikan doh sentiasa bertutup atau boleh juga gunakan tuala lembab untuk mengelakkan doh daripada menjadi keras.  Rollkan doh itu bulat memanjang dan potongkan 1" panjang. 



5.  Untuk bahagian B, didihkan air bersama baking soda. Masukkan potongan doh itu ke dalam air yang sedang mendidih itu.  Kacaukan perlahan-lahan.  Bila potongan doh itu terapung, toskan  pretzel itu dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.


6.  Sapukan butter yang dicairkan tadi ke atas pretzel itu dan taburkan garam.  Bakar selama 10-12 minit atau hingga masak kekuningan.  Selepas dikeluarkan dari oven, sapukan lagi dengan butter yang dicairkan.  Hidangkan semasa panas bersama Cheese Sauce (resipi di sini).




Satu lagi cara memasak Soft Pretzel ini adalah dengan cara menggoreng.  Caranya setelah direbus, masukkan pretzel itu ke dalam kuali yang telah disapu dengan butter.  Taburkan sedikit garam dan tutupkan kuali itu.  Biarkan pretzel itu masak hingga kuning.  Balik-balikkan sesekali.  Hasilnya, pretzel ini kekal lembut walaupun telah sejuk.  Ia adalah lebih baik dari kaedah membakar.




No comments:

Post a Comment