Thursday, February 28, 2013

Nasi Dhal



2 cawan beras biasa atau basmathi
3 sb kacang dhal 
3 cawan air 
1 biji tomato - dipotong 4
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji cili hijau
1 sb saffron - rendam sekejap dalam sedikit air panas
1 sb jintan putih
1/4 st biji sawi
3" kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 sb minyak zaitun/minyak sapi
3 tangkai daun kari
garam secukup rasa

1.  Beras basmathi direndam dalam 20 minit dan toskan.  Ia bergantung kepada jenis beras dan arahan penggunaan beras yang ditetapkan. 


2.  Kacang dhal direndam dalam 30 minit.  Toskan.

3.  Bawang merah dan bawang putih dikupas kulit sahaja.  Biarkan ia sebiji-sebiji.  Cili hijau juga tak perlu dipotong.


4.  Panaskan minyak zaitun/minyak sapi.  Tumiskan biji sawi, bunga lawang, jintan putih dan daun kari hingga naik bau.


5.  Masukkan bawang merah, bawang putih, cili hijau, kacang dhal dan tomato.  Gorengkan sekejap.

6.  Akhir sekali, masukkan beras, air, saffron bersama air rendamannya dan garam.  Biarkan nasi masak seperti biasa.  



Rendang Ayam Cili Kering



1/2 ekor ayam
1 biji kelapa
500 ml air
2 batang serai 
4 helai daun limau purut
2 sb kerisek
1/4 cawan minyak untuk menumis
garam

Bahan kisar :
20 tangkai cili kering (lebih kurang)
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1" halia
1" lengkuas
3" kunyit hidup

1.  Kelapa diperah dengan 500 ml air itu diambil santan.  Serai diketuk.

2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.  Tumis hingga garing.


3.  Masuk ayam, serai dan santan.  Masak hingga pecah minyak.  


4.  Akhir sekali masuk daun limau, kerisek dan garam.  Gaul-gaulkan dan biarkan seketika.

Dalam masa memasak ini, jika ayam telah masak, boleh juga dikeluarkan dulu bagi mengelakkan ayam itu hancur.  Atau boleh juga ayam itu dimasukkan kemudian setelah rempah tumis pecah minyak.



Tuesday, February 26, 2013

Spaghetti & Sup Carrot



100 gm spaghetti 
1 biji bawang besar - didadu kecil
3 ulas bawang putih - dicincang halus
4" carrot - dipotong nipis 
2 batang carrot - dikisar halus bersama air
1 keping isi ayam 
sedikit serbuk kasar oregano 
sedikit serbuk kasar lada hitam 
1 cawan air rebusan ayam/daging
1 sb sour cream
1 sb minyak zaitun
garam secukup rasa


1.  Ayam dilumur dengan garam dan lada hitam.  Panaskan minyak zaitun dan digoreng/sautee ayam itu hingga nampak garing sedikit. Ketepikan.

2.  Tambahkan sedikit lagi minyak dalam kuali bekas memasak ayam tadi.  Tumiskan pula bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.  

3.  Masukkan pula carrot yang dipotong bersama carrot yang dikisar tadi dan air rebusan ayam/daging.  Boleh tambah air jika perlu tapi jangan terlalu cair.


4.  Bila sup telah mendidih, masukkan garam, serbuk lada hitam dan sour cream.  

5.  Masa menghidang, barulah dituangkan sup carrot itu atas spaghetti.  Letakkan ayam yang digoreng/sautee tadi dan taburkan sedikit serbuk oregano serta daun ketumbar jika ada.



Sunday, February 24, 2013

Sup Sayur Kow Kee Chai




Masa pergi Giant Bukit Antarabangsa, aku ternampak sayur ni yang sememangnya tak pernah tengok pun.  Sekali imbas nampak macam daun inai.  Bila tengok tag, tertulis "Kow Kee Chai" namanya.  Aku pun tanyalah pada seorang pelanggan cina di situ, dia kata sayur ni sedap dibuat sup.  Siap dia ajar lagi macamana nak masak.


Aku pun rembatlah seikat.  Nak cuba masak.  Pada batang sayur ni terdapat duri-duri yang tajam. Daun-daunnya kena dipetik-petik dulu.  Ambil daun sahaja ya.

200 gm sayur kow kee chai
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk 
4" carrot - dipotong bulat
8 biji fish ball
2 cawan air
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan kekuningan.

2.  Masukkan carrot, fish ball, sayur dan air/air rebusan ayam atau daging.  Bila mendidih masuk garam.

3.  Bila menghidang, taburkan bawang goreng.

Sayur ni rasanya manis dan pahit-pahit sedikit macam sayur turi. Memang sedap.



Salad Carrot




200 gm carrot
1/4 cawan kismis
1 cawan nenas yang telah dipotong kiub
2 sb mayonis
1 sb sour cream
2 sb jus lemon
1  sb gula
sedikit garam
1 pokok daun ketumbar yang dicincang

1.  Carrot disagat.  Ketepikan.



2.  Kismis dicelur dalam air mendidih selama 2 minit.  Toskan.  

3.  Satukan mayonis, sour cream, gula dan garam lalu digaul hingga sebati.



4.  Masukkan nenas dan carrot yang disagat tadi dan digaul rata.

5.  Akhir sekali masukkan kismis dan jus lemon.  Gaul rata dan taburkan daun ketumbar.




Cekodok Daun Selom





2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar - dihiris/dipotong dadu
1/3 cawan ikan bilis
5 tangkai daun selom - dihiris
2 sb cili flakes
1 1/3 cawan air suam 
garam secukup rasa
2 cawan minyak untuk menggoreng


1.  Bancuhkan tepung dan air hingga sebati.  

2.  Masukkan bahan-bahan yang lain dan digaul rata.


3.  Ambil sesudu dan digoreng di dalam minyak panas hingga 
     garing kekuningan.

4.  Makan dengan sos.




Lassi Mango




1 biji mangga masak
2 sb yogurt biasa
4 sb susu cair
2 sb gula pasir
1 st serbuk kulit kayu manis
1 cawan air sejuk
ais kiub

1.  Masuk mangga, yogurt, susu cair dan gula ke dalam blender. Masukkan sedikit air jika tidak mahu terlalu pekat.  Blendkan sehingga hancur dan berbuih pekat.   

2.  Tuangkan dalam gelas.  Masukkan ais kiub dan taburkan serbuk kulit kayu manis diatasnya.  Serbuk kulit kayu manis tu boleh dikisarkan sekali.

Boleh juga diblendkan sekali ais kiub itu.  






Friday, February 22, 2013

Kuih Lompat Tikam

Kuih ini terdiri dari 2 lapisan iaitu hijau dan putih.  Kemudian diletakkan diatasnya dengan pulut merah dan disiramkan dengan air gula melaka.

Terdiri dari 2 cara dalam penyediaannya.  
a)  Cara pertama :  masukkan terus larutan tepung ke dalam loyang dan dikukus 2 lapis hingga masak seperti kuih talam.
b)  Cara kedua : larutan tepung dimasak hingga likat berkilat dan dimasukkan ke dalam acuan.

Sukatan kuih ini memerlukan 1 biji kelapa parut (bahagian putih sahaja).  Ia memerlukan 3 cawan santan pekat dari perahan pertama dan 3 cawan santan cair dari perahan kedua.  




Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
3 cawan santan cair (perahan kedua) - campur sekali air pandan jika gunakan air pandan
1 st air kapur
air daun pandan ataupun pewarna hijau
garam

Kacaukan semua bahan sehingga larut.  Kemudian dimasak dengan api perlahan sehingga larutan menjadi likat, berkilat dan meletup-letup sedikit.  Bila diangkat, senduk yang digunakan, adunan itu tidak meleleh. 

Tuangkan adunan itu di dalam acuan dan sejukkan.



Lapisan Putih
1 cawan tepung beras 
3 cawan santan pekat (perahan pertama)
1 st air kapur
garam

Kacaukan semua bahan sehingga larut.  Kemudian dimasak dengan api perlahan sehingga larutan menjadi likat, berkilat dan meletup-letup seperti lapisan hijau tadi.  

Tuangkan adunan itu di atas lapisan hijau tadi dan sejukkan.



Pulut Merah
1/2 cawan pulut
1/2 cawan santan cair
pewarna merah
garam

Pulut direndam semalaman bersama pewarna merah.  Kemudian ditoskan.
Pulut itu kemudiannya dimasukkan ke dalam loyang bersama santan cair dan garam lalu dikukus hingga pulut masak.  Semasa mengukus itu, pulut perlulah dikacaukan sekejap supaya santan bergaul rata.

Untuk menyediakan pulut ini, ia boleh juga dimasak seperti memasak nasi biasa sehingga pulut masak dan kering.

Bila pulut ini telah siap, letakkan ia sedikit di atas kuih tadi dan disiramkan dengan air gula melaka.




Air Gula Melaka
1 ketul gula melaka 
1 cawan air 

Masak gula melaka dan air hingga gula larut.  Tapiskan dulu larutan gula itu semasa ia masih cair bagi mengasingkan segala habuk2.  Kemudian dimasak semula larutan gula hingga sedikit pekat.


Nasi Goreng Cendawan Tiram



Seperti biasa buat nasi goreng ni ikut suka bahan yang digunakan.  

500 gm nasi sejuk
6 biji fish ball
1/2 biji capsicum
100 gm cendawan tiram
1 pokok sawi
2" carrot
3 sb minyak untuk menumis
1 pokok daun bawang
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
2 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
2 sb udang kering/ikan bilis
6 biji cili padi

1.  Fish ball dipotong nipis.  Capsicum didadu besar.  Cendawan tiram dikoyak dua.  Carrot dipotong halus memanjang.  Daun bawang dihiris.


2.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.  


3.  Lepas itu masukkan fish ball, capsicum, cendawan tiram, sawi dan carrot.  Masak hingga sayur masak.


4.  Akhir sekali masukkan nasi.  Gaulkan hingga rata dan masuk garam.  Taburkan daun bawang.



Tom Kai Ghai



1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar - dihiris
1" lengkuas - dihiris
4 helai daun limau purut
1 biji kelapa parut
2 batang serai - dititik
3 biji cili padi - diketuk//dihiris
1 sb fish sauce
sedikit cendawan
garam secukup rasa

1.  Kelapa diambil 2 cawan santan pekat (perahan pertama) dan 1 cawan santan cair (perahan kedua).  Kalau guna santan kotak, hanya masukkan 2 cawan air sahaja dan terus dimasukkan dalam periuk.  Seperti biasa aku lebih suka gunakan santan yang diperah sendiri.


2.  Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama lengkuas, daun limau purut, serai dan bawang. Biarkan mendidih sambal dikacau.

3.  Masukkan ayam, cili padi dan cendawan.  Kacau-kacaukan dan bila ayam hampir masak, masukkan santan pekat dan cendawan. 

4.  Akhir sekali masukkan garam.  Bila mendidih, tutup api dan masukkan fish sauce.



Orang Thai kata masakan ini adalah sejenis sup.  Tapi kalau di Malaysia ni samalah macam masak lemak putih.  




Monday, February 18, 2013

Minum-minum-Sembang-sembang di rumah Yong



East meets west menu

pasta
baked potato
cucur
bubur kacang hijau
jus nenas
teh perisa epal



Saturday, February 16, 2013

Potato Frittata



2 biji kentang saiz besar 
1/2 st serbuk lada hitam
1 sb minyak zaitun
1 sb bawang goreng

Sos telur :
2 biji telur
1/2 biji bawang besar - didadu
1 pokok daun bawang - dihiris
1 sb cili flakes
sedikit garam


1.  Kentang dihiris nipis.  Basuh dan toskan.  Lepas itu digaulkan dengan minyak zaitun, lada hitam dan bawang goreng.


2.  Telur dipukul sedikit dan dicampurkan dengan bawang besar, daun bawang, cili flakes dan garam.


3.  Susunkan kentang yang dihiris dalam mangkuk selapis demi selapis sambil diselangkan dengan campuran telur tadi.  Renjiskan sedikit minyak zaitun dipermukaannya.


4.  Kemudian dibakar pada 170C selama 35 minit atau hingga masak.






Potato Pancakes



1 biji kentang saiz besar
1 biji putih telur
1 pokok daun bawang - dihiris
1 sb cili flakes
serbuk lada hitam
sedikit ikan bilis
garam

1.  Kentang dibersihkan dan diparut kasar.  Rendam sekejap dalam air sejuk dan toskan.



2.  Gaulkan kentang bersama bahan-bahan yang lain hingga sebati.


3.  Panaskan minyak dalam pan.  Ambil 2 sb adunan itu dan dileperkan sedikit dalam bentuk bulat.  Jangan terlalu tebal.


4.  Goreng hingga garing kedua-dua belah.

Sedap dimakan dengan sos atau mayonis.





Biskut Dam




2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan planta
1/2 cawan gula castor
1 biji telur
1/4 st garam
1 st esen lemon
3 sb serbuk koko
(asingkan sedikit putih telur dari sebiji telur itu dan dicampurkan sedikit air untuk disapu di atas doh)

1.  Pukul planta dan gula hingga kembang.



2.  Masuk telur dan esen lemon diikuti dengan tepung dan garam.  Gaul dan uli hingga sebati.



3.  Bahagi adunan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian diwarnakan dengan serbuk koko. 



4.  Masukkan kedua-dua doh dalam plastik dan disimpan di dalam fridge selama 30 minit.

Cara melapis dam :
1.  Kemudian canaikan doh kuning dan doh koko lebih kurang 1 cm tebal setiap keping.  Pastikan kedua-dua doh sama saiz. 

2.  Sapukan sedikit putih telur di atas lapisan koko.  Jangan sapu banyak sangat putih telur nanti biskut akan berbau hanyir.  Kemudian dilapiskan lapisan kuning di atas lapisan koko itu.  Buat 4 lapis.  Simpan semula dalam fridge supaya ia keras sedikit agar mudah dipotong.



3.  Lepas itu lapisan yang telah siap itu dipotong-potong setebal 0.5cm ataupun 1cm setiap keping.  Ketebalannya mempengaruhi besar atau kecil biskut itu.




4.  Sapukan sedikit putih telur di atas sekeping lapisan itu dan diletakkan sekeping lapisan bersilih warna (kuning+koko+kuning+koko).  4 lapisan kesemuanya.  Kemaskan susunan itu.



5.  Di bahagian hujung lapisan yang telah menjadi seperti blog itu, kita akan dapat lihat seperti susunan dam.  Potongkan hujung  yang tidak kemas itu dan seterusnya potonglah biskut itu setebal 1cm setiap keping.



6.  Bakar pada suhu 165C selama 10 minit.