Saturday, February 2, 2013

Tongkol Masak Boyan



1 ekor ikan tongkol
1 biji kelapa 
garam secukup rasa

Bahan kisar :
4 biji cili merah
6 biji cili padi hijau
4-5 biji buah belimbing buluh
1" belacan bakar

1.  Ikan tongkol dibakar atau digoreng.  Ketepikan.


2.  Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.


3.  Masukkan santan cair dan bahan kisar dalam periuk.  Didihkan sambil dikacau selalu.

4.  Bila telah mendidih, masukkan pula santan pekat dan garam. Kacau selalu hingga mendidih.

5.  Akhir sekali masukkan ikan.  Biar sekejap dan tutup api.

Kalau guna santan segera, masukkan terus santan itu.  Hanya tambah air sahaja dan kepekatan kuahnya ikutlah kepekatan yang diingini.



No comments:

Post a Comment