Monday, February 11, 2013

Jus Pegaga



200 gm pegaga 
1 liter air ais
3 sb gula perang
2 biji limau nipis
ais kiub (ikut suka)

Sayur pegaga itu dibersihkan bersama akarnya sekali.  Rendam sekejap dalam air garam dan toskan.

Kisar pegaga serta akarnya sekali bersama air ais dan gula perang hingga halus. Kemudian ditapis.  

Masukkan air pegaga itu dalam jug dan perahkan jus limau.  Rasa manisnya dan dimasukkan ais kiub (jika suka) ataupun disejukkan dalam peti ais.


Minuman ini rasanya sedikit seperti air tebu dan sedap diminum semasa sejuk.  



No comments:

Post a Comment