Bahan A :
2 cawan tepung gandum
1/3 cawan gula castor
1 sb baking powder
1/4 st garam
Bahan B :
1/2 cawan mentega
3/4 cawan kismis
2/3 cawan susu cair
1 biji telur
1 st esen vanila
1. Satukan Bahan A dan masukkan mentega. Gaul dan ramas dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Lepas itu masukkan kismis dan gaul biar rata.
3. Satukan susu cair, telur dan esen vanila. Pukulkan sedikit dan tuangkan ke dalam adunan tepung tadi. Tinggalkan sedikit cecair ini dalam 2 sb untuk disapu di atas scones nanti.
4. Kaup dan balikkan adunan itu hingga sebati. Doh ini memang agak melekat di tangan. Tak perlu diuli lagi atau ditambah tepung.
5. Cuma sedikit tepung digunakan untuk ditaburkan di atas papan pencanai dan alihkan adunan tadi ke atasnya. Hanya balik-balikkan adunan itu hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan atau papan pencanai.
6. Canai doh itu setebal 2". Masa mencanai itu tak perlu ditekan kuat-kuat. Lepas itu terapkan dengan acuan bulat.
7. Susunkan scones di dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper. Jarakkan sedikit sebab adunan akan mengembang.
8. Sapukan permukaan scones dengan lebihan campuran susu dan telur tadi. Bakar scones sehingga kekuningan selama 15-20 min. Scones ini akan merekah sedikit dan testur di bahagian dalamnya agak kasar dan rupanya macam ala-ala bantat dan kering aje. Tapi itulah yang sepatutnya.
Boleh dimakan begitu sahaja ataupun disapu dengan butter dan jem.
No comments:
Post a Comment