Sunday, July 15, 2012

Buah Kiwi Hijau dan Kiwi Emas



Masa pergi ke tesco aku terpandang ada 2 jenis buah kiwi.  
Selama ni main capai aje.  Tadi baru terperasan bila terlihat 
senarai harganya berbeza.


Aku pun mulalah google dan dapatlah info yang baik dari sini.


Ada Kiwi hijau dan Kiwi emas.    Dah tentulah yang emas tu lagi mahal.  Ada jugak buah kiwi organik.


"Perbezaan utama adalah dari segi rasa.  Buah Kiwi Hijau lebih masam dan kelat.  
Buah Kiwi Emas pula lebih manis dan warnanya keemasan, mempunyai bentuk mahkota di atasnya.

Buah kiwi adalah sumber yang baik untuk serat makanan, vitamin C, potasium, asid folik, vitamin E, karotenoid dan antioksidan-antioksidan yang lain.  Ia mempunyai kandungan indeks glikaemik dan lemak yang rendah.  Ia sesuai dimakan setiap hari.


Buah Kiwi diketahui sebagai serat boleh hadam.  Ia penting sekali untuk kesihatan saluran penghadaman.  Khasiat buah kiwi telah diperakui secara meluas sebagai membantu pencernaan.


Buah Kiwi juga adalah sebagai sumber antioksidan darah 
yang mempunyai kaitan dengan masalah jantung.


Buah Kiwi juga didapati dapat membekalkan 2 kali ganda kandungan vitamin C berbanding buah oren."




Tapi kalau ikutkan tekak aku ni, aku rasa kiwi hijau lebih 
menepati citarasa aku.




No comments:

Post a Comment