Ini adalah sejenis masakan Indonesia. Ada yang memasaknya dengan cara ditumis dahulu bahan kisar atau masukkan aje bahan kisar dan santan dalam periuk diikuti dengan bahan-bahan lain dan dibiarkan mendidih. Samalah macam masak rendang.
Yang ini aku tumis dulu bahan kisar dengan menggunakan sedikit minyak aje.
1/2 ekor ayam
1 biji kelapa parut
2 batang serai - diketuk
3 helai daun limau purut
3 helai daun salam
3 sb minyak untuk menumis
sedikit bawang goreng
Bahan kisar :
5 tangkai cili merah
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2" lengkuas
1" halia
4 biji buah keras
1sb ketumbar
1sb lada hitam
1 st jintan manis
1" kunyit hidup
1. Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi denan 1 cawan air dijadikan santan cair.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
3. Masukkan ayam dan santan cair. Bila nampak dah hampir mendidih masuk pula santan pekat.
4. Bila kuah dah mula mendidih sekali lagi masukkan santan pekat, serai, daun limau purut dan daun salam.
5. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng. Bawang goreng kalau letak lebih lagi sedap. Tambah kalau buat sendiri, rasa rangup dan sedap.
No comments:
Post a Comment