1 bungkus roti putih
aiskrim secukupnya (perisa ikut suka)
penerap bulat semuat roti
1. Letak sekeping roti atas papan canai.
2. Letak 1 scoop aiskrim di tengah-tengah roti itu.
3. Ambil sekeping lagi roti dan letakkan atas aiskrim tadi.
4. Ambil penerap bulat yang boleh terap lapisan roti tu. Nak guna penerap bentuk apa pun boleh, ikut kreativiti masing-masing. Baki tepi-tepi roti tu boleh digunakan untuk buat puding roti atau jemput-jemput roti. Kalau nak buang pun boleh gak....tak de sapa marah pun. Lepas diterap, tekan-tekankan di bahagian kelilingnya supaya melekat.
5. Masukkan roti yang berisi aiskrim itu dalam plastik (sebaiknya diasing-asingkan supaya roti tu tak melekat) dan simpan dalam freezer semalaman ataupun 3-4 jam; yakni supaya roti tu jadi sedikit keras.
6. Panaskan minyak (goreng terendam) sehingga betul-betul panas.
7. Masukkan roti beraiskrim tadi dan goreng hingga kuning dan nampak rangup di kedua-dua belah. Menggorengnya mengambil masa yang sekejap aje, dalam 2-3 minit (lebih-kurang lah).
No comments:
Post a Comment