Wednesday, July 11, 2012

Pulut Mangga



1 cawan beras pulut putih
100 ml santan pekat
2 sb gula pasir
sedikit garam
3 helai daun pandan
1 biji mangga masak

1.  2 helai daun pandan dikisar bersama sedikit air dijadikan jus pandan.  Rendam beras pulut 4 jam bersama jus pandan tadi dan dimasukkan sedikit pewarna hijau.  

Jika hendak pulut berwarna putih, skip sahaja penggunaan jus pandan dan pewarna hijau.


3.  Toskan beras pulut dan dikukus bersama sehelai daun pandan selama 30 minit atau hingga pulut masak. Angkat dan balik-balikkan pulut itu.  



2.  Santan dimasak bersama gula pasir, garam dan sehelai daun pandan.  Masak sekejap hingga santan hampir mendidih.  Tutup api.



3.  Masukkan santan itu ke dalam pulut dan digaul rata.  Biarkan santan meresap pada pulut.  Boleh juga jika hendak dimasak sekejap seperti memasak nasi biasa.


4.  Hidangkan pulut ini bersama potongan mangga masak dan sos santan.




Bahan kuah santannya
300 ml santan pekat
3 sb gula pasir
1 st tepung jagung + 1sb air
1 helai daun pandan

Masakkan semua bahan-bahan ini hingga agak pekat.  Sejukkan.




No comments:

Post a Comment