Friday, December 2, 2011

Sup Pasta



200 gm pasta spiral
10 biji fish ball 
1 biji kentang 
100 gm brocolli
3" carrot
1 pokok daun ketumbar
2 ulas bawang putih
2 cawan air rebusan ayam atau daging
1 cawan air
2" kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1/4 st serbuk lada hitam
1/4 st serbuk lada sulah
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Pasta spiral direbus hingga lembut dan kenyal (al-dente).  Kemudian diletakkan dibawah aliran air paip supaya proses memasaknya terhenti.  Ini supaya pasta tu taklah terlalu lembut dan lepas itu ditoskan.  Ketepikan.


2.  Kentang dipotong enam.  Brocolli dipotong kecil.  Carrot dipotong bulat dan dibelah dua.  Daun ketumbar dihiris.  Bawang putih dicincang.

3.  Panaskan minyak.  Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.  

4.  Masuk bawang putih dan kentang.  Tumis lagi hingga bawang putih kekuningan.

5.  Masuk air rebusan ayam atau daging dan air secukupnya untuk sup.  Masukkan sekali fish ball, brocolli, carrot. lada sulah dan garam.  Biar mendidih.

6.  Semasa hendak makan, baru dimasukkan pasta tadi dan taburkan sedikit oregano dan daun ketumbar.  Jika hendak pedas, taburkan cili padi hiris.



No comments:

Post a Comment