1 liter air
5 ulas bawang putih - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
100 gm tauge - disiram dengan air panas
3 keping fish cake
3 tangkai sawi
2 biji telur
2 tangkai daun sup - dihiris halus
bawang goreng secukupnya
1. Basuh ikan bilis dan rebus ikan bilis itu hingga sekali mendidih sahaja. Jangan masak lama sangat sebab air rebusan itu akan jadi pahit. Kemudian ditapis airnya untuk dijadikan sup.
2. Telur dipukul dan didadar nipis. Gulungkan dan potong nipis.
3. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga kuning dan naik baunya.
4. Masukkan fish ball, fish cake dan air rebusan ikan bilis tadi. Bila mendidih, masukkan sawi.
6. Masukkan mee dan tauge dalam mangkuk. Tuangkan kuah sup tadi. Taburkan dengan telur dadar, daun sup dan bawang goreng.
7. Makan dengan cili padi potong yang telah dicampur dengan kicap.
Masakan ni tak gunakan garam.
Ikan bilis yang direbus tadi tidak digunakan lagi, yakni dibuang aje.
No comments:
Post a Comment