3 cawan ubi kayu yang telah diparut
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan santan pekat
garam
1. Ubi kayu yang telah diparut itu perlu ditapis airnya atau diperah dengan kain.
2. Campurkan semua bahan dan gaulkan hingga sebati. Kalau tak nak guna gula merah, gunakan gula pasir sahaja dan boleh dimasukkan sedikit pewarna kuning bagi mendapatkan warna yang menarik.
3. Sapukan sedikit minyak pada loyang kuih dan masukkan adunan tadi.
4. Bakar lebih kurang 1 jam pada suhu 180C atau sehingga bahagian atas kuih nampak garing.
Yang ini, garing biasa-biasa aje dan bahagian atas bingka akan kelihatan rata sahaja.
Satu lagi...kalau nak yang garing sangat dan memang aku cukup suka...yang macam ini. Dulu-dulu orang bakar bingka memang macam ni yer....dulu-dulu tu maksud aku time-time nenek-nenek kita buat kuih ok...
Bila garing sangat, bahagian atas bingka tu akan nampak melengkung ke dalam sedikit. Garingnya pula bukanlah keras atau liat...masih lagi lembut. Tak taulah nak cakap macamana...hahahaha.
No comments:
Post a Comment