Thursday, December 15, 2011

Ayam Panggang Serai



10 keping isi ayam
10 batang serai (yang besar)
4" kunyit hidup
1 sb madu
1 sb kicap pekat
2 batang serai
1 st lada sulah
sedikit minyak zaitun
garam


1.  2 batang serai tadi ditumbuk bersama kunyit hidup.

2.  Gaulkan bahan tumbuk tadi bersama kicap pekat, madu, lada sulah dan garam.


3.  Kemudian digaulkan pada isi ayam tadi.  Ayam tu kalau ada tulang pun tak apa.  Perapkan sebentar.

4.  10 batang serai tadi dibelah bahagian tengah tapi jangan sampai putus. 


5.  Kemudian ambil sekeping ayam tadi dan diselitkan di celah serai tadi. 


6.  Susunkan ayam itu di atas dulang pembakar.  Renjiskan dengan sedikit minyak zaitun.  Kemudian dipanggang hingga masak.  Proses memanggang tu sekejap aje.  Tapi jika suka agak garing, bolehlah direnjis2 lagi minyak zaitun semasa memanggang tu. 



No comments:

Post a Comment