Monday, February 29, 2016

Custard Tea Cake menggunakan Vanila Custard keluaran Mom Royale




125 gm planta
1/3 cawan gula castor
1 biji telur
1/4 cawan tepung kastad
3/4 cawan tepung naik sendiri






Bahan untuk Kastad dan cara penyediaannya:
3 sb vanila custard Mom Royale
1 cawan dairy cream/susu cair
2 sb gula pasir

Campurkan semua bahan ini dan dimasak dengan api perlahan sehingga pekat.  Sejukkan sebentar.




Cara menyediakan kek :
1.  Pukul gula dan planta hingga kembang.

2.  Masuk telur dan pukul lagi hingga sebati.

3.  Masukkan pula kedua-dua jenis tepung yang telah diayak bersama.  Gaul rata dan adunan dibahagi kepada 2 bahagian.

4.  Griskan acuan bersaiz 7" dengan planta dan tabur sedikit tepung. Masukkan satu bahagian adunan kek tadi dan ratakan.  Lepas itu lapiskan adunan vanila custard perlahan-lahan supaya ia tidak tenggelam di tengah adunan kek.  Ratakan vanila custard itu. Adalah lebih baik gunakan piping.  

Kemudian lapiskan satu lagi bahagian adunan kek tadi di atasnya perlahan-lahan.  Ratakan.

 5.  Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.











Kuih Kayu Keramat / Roti Keramat

Ini adalah kuih tradisional Terengganu.   
Sedap dan lembut gebus kuih ni walaupun dah sejuk. 





3 cawan tepung gandum
1/2 st soda bikarbonat
1 sb planta

1 st yeast
1 cawan air suam
2 sb gula pasir

1.  Tepung gandum dan soda bikarbonat diayak bersama.

2.  Satukan gula pasir, yeast dan air suam.  Kacau sedikit dan biarkan ia kembang.

3.  Gaulkan tepung tadi dengan planta.

4.  Masukkan bancuhan yeast tadi dan uli hingga jadi doh  
     yang lembut.











5.  Biar adunan naik 2x ganda.  Kemudian tumbukkan  
dibahagian tengah.  Biar seketika.



6.  Ambil sedikit adunan dan bentukkan lonjong. Bila nak digoreng, tarik sedikit di kedua-dua bahagian hujungnya.




7.  Gorengkan dalam minyak yang banyak.

8.  Boleh dicicah dengan sambal sardin, kuah kari atau apa saja mengikut selera masing-masing.


Kuih ini boleh digoreng separuh masak dan disimpan dalam fridge.  Bila nak makan, barulah digoreng lagi.



Saturday, February 27, 2016

Tauhu Masak Sambal Daun Kesom




3 keping tauhu
10 gm daun kesom
1/4 cawan minyak masak
garam

Bahan kisar :
10 biji cili merah
1 sb udang kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
2" kunyit hidup
1" halia
1" lengkuas

1.  Tauhu dipotong 3 dan digoreng hingga garing.  Toskan.

2.  Dengan menggunakan minyak menggoreng tauhu tadi, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.

3.  Masukkan daun kesom dan garam.  Daun kesom tu boleh dihiris ataupun dimasukkan begitu sahaja.  Buangkan batang yang terlalu keras, ambil daun dan batang yang lembut sahaja.

4.  Akhir sekali, masukkan tauhu.  Gaulkan hingga rata dan tutup api.





Thursday, February 25, 2016

Biskut Koko Crunch



250 gm planta
120 gm gula icing
1 biji kuning telur
1 st esen vanila
2 cawan tepung gandum
2 sb serbuk koko
1 cawan koko crunch - dikisar halus
1 biji putih telur untuk sapuan atas biskut
sedikit koko crunch untuk hiasan dihancurkan 
paper cup saiz kecil


1.  Pukul planta dan gula icing hingga lembut.  Masuk kuning telur dan esen vanila.  Pukul lagi hingga sebati.

2.  Masuk tepung gandum, serbuk koko dan koko crunch yang dikisar.  Gaul hingga menjadi doh.

3.  Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan masukkan dalam paper cup.  Sapukan diatasnya dengan putih telur dan dihias dengan koko crunch.  

4.  Bakar biskut pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak.




Wednesday, February 24, 2016

Agar-Agar Kopi dan Santan



Selalunya akan digunakan serbuk kopi segera/nescafe bila dibuat agar-agar atau apa saja kuih.  Kali ini mari kita cuba menggunakan serbuk kopi tempatan (hitam)....yang ini digunakan serbuk kopi hang tuah aje.  


1 sb serbuk agar-agar
2 cawan air
1 cawan gula pasir
1 sb serbuk kopi + 1/4 cawan air panas
1/4 cawan santan

1.  Masukkan serbuk agar-agar dan air ke dalam periuk.  Masak hingga mendidih.

2.  Bahagian agar-agar itu kepada 2 bahagian.  Satu bahagian dicampurkan dengan kopi dan satu bahagian lagi dicampurkan santan.

3.  Masukkan 1/4 cawan adunan kopi ke dalam acuan.  Sejukkan dan biar ia keras.  Lepas itu lapiskan 1/4 cawan adunan santan di atas lapisan agar-agar kopi itu.  Biarkan ia keras dan lakukan lapisan seterusnya berselang-seli.  Sejukkan dalam peti ais.





Wednesday, February 17, 2016

Ayam Masak Lemak Daun Kesom




1/2 ekor ayam
20 gm daun kesom
1 biji kelapa 
2 sb cili kisar
1 sb udang kering - tak perlu ditumbuk
1 biji limau nipis/limau kasturi - ambil jus
garam

Bahan tumbuk :
4 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih 
1 sb udang kering
2" kunyit hidup / 1 st kunyit serbuk


1.  Ayam dipotong kecil dan dibersihkan.

2.  Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat.  Kemudian diperah lagi dengan 1.5 cawan air dijadikan santan cair.

3.  Masukkan ayam, cili kisar, udang kering, bahan tumbuk dan santan cair ke dalam periuk.  Masak hingga mendidih.  Kacau-kacau selalu supaya santan tidak menjadi jernih.

4.  Kemudian masukkan daun kesom, santan pekat, jus limau dan garam.  Didihkan sekali sambil dikacau-kacau selalu.



Tuesday, February 16, 2016

Agar-Agar Pandan & Santan




Bahan A :
1 st serbuk agar-agar
5 helai daun pandan - jadikan 1/2 cawan jus pandan
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Bahan B : 
1 st serbuk agar-agar
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/4 st garam


1.  Untuk buat jus pandan itu, gunakan 5 helai daun pandan dan dikisar dengan 1/2 cawan air.  Lepas itu tapis hampasnya atau diperah menggunakan kain muslin.

2.  Masak Bahan A dan Bahan B berasingan sehingga mendidih dan gula larut.

3.  Tuang agar-agar pandan (Bahan A) ke dalam acuan dan biarkan ia keras sedikit.

4.  Lepas itu tuangkan diatasnya dengan agar-agar santan (Bahan B).  Sejukkan dalam fridge dan biarkan ia keras.


Sunday, February 14, 2016

Red Velvet Crinkles Cookies




1/4 cawan butter
2/3 cawan gula halus
2 biji telur
1 st esen vanila
1 1/3 cawan tepung gandum
3 sb serbuk koko
1st baking powder
1/4 st garam
1 st pewarna merah
1/2 cawan gula icing

1.  Pukul butter dan gula hingga berkrim.

2.  Masuk telur dan esen vanila.  Pukul lagi hingga sebati.

3.  Masuk tepung, serbuk koko, baking powder dan garam.  Gaul dan uli sekejap.  Lepas itu masukkan pewarna merah.  Sukatan pewarna merah boleh ikut warna yang dikehendaki.  Uli lagi hingga warnanya sekata.  Bungkus doh dalam plastik dan simpan dalam fridge lebih kurang 3 jam.



4.  Ambil sedikit doh itu, bulat-bulatkan dan golekkan ke dalam gula icing.  Lepas itu susun dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.

5.  Bakar pada suhu 180C selama 10-15 minit.


kalau nak buat untuk biskut raya, buatlah kecil sikit.  yang ini dibuat untuk minum petang aje ....besar sikit saiznya.


Friday, February 12, 2016

Jejari Keledek & Ikan Bilis



Hari itu guna udang, hari ini guna ikan bilis pulak.

200 gm keledek oren
1/4 cawan ikan bilis
1 sb bijan 

Bahan untuk batter :
1/2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1.5 cawan air
1/4 st garam
1/4 st gula
1/4 st serbuk kunyit
1 biji telur

1.  Satukan bahan batter dan adun hingga sebati.

2.  Keledek dipotong jejari kecil dan masukkan ke dalam adunan batter.  Masukkan sekali ikan bilis dan bijan.  Gaul-gaulkan.

3.  Ambil sejemput keledek yang bercampur dengan ikan bilis itu sambil ditiriskan sedikit adunan batter itu.  Lalu dimasukkan ke dalam minyak panas.  

4.  Gorenglah hingga garing kekuningan.  Toskan minyaknya.



5.  Cicah/celupkan ke dalam sos vietnam atau apa saja sos yang disukai.


Thursday, February 11, 2016

Brownies guna Mom Royale Brownie Mix Original





Bahan-bahan :

1 botol Mom Royale Brownie Mix Original
125 ml minyak biji bunga matahari/jagung/zaitun
2 biji telur
2 sb badam cincang
2 sb badam hiris



Mula-mula masukkan Mom Royale Brownie Mix Original ke dalam mangkuk.

Masukkan minyak dan telur yang telah dipukul sedikit.



Pukul gunakan whisk atau senduk kayu hingga sebati.  Jangan gaul/pukul terlalu lama.  Cukup sekadar ia bergaul sebati.  Tak perlu gunakan mixer, nanti jadi terlalu gebus macam kek biasa.

Masukkan pula badam cincang dan digaul sedikit atau apa sahaja yang disukai atau boleh dibiarkan plain begitu sahaja.

Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang kek berukuran 7"x7" yang telah dialas dengan baking paper.  Akhir sekali taburkan dengan badam cincang/badam hiris.

Bakar brownies pada suhu 180C selama 30 minit.



Brownies ini masih lagi crunchy walaupun telah sejuk.


Biskut Keju Parmesan



100 gm butter
1 sb gula castor
50 gm keju parmesan - diparut
150 gm tepung gandum
1/4 st baking powder

1 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan atas biskut
sedikit parutan keju parmesan untuk ditabur di atas biskut


1.  Pukul gula dan butter sehingga lembut.

2.  Masuk cheese.   Gaulkan perlahan.

3.  Masuk tepung dan baking powder.  Gaulkan dan diuli sehingga menjadi doh.  Sememangnya pada permulaan, adunan ini agak berderai.  Jadi perlu terus diuli sehingga menjadi sebiji doh.

4.  Alaskan plastik di atas papan pencanai.  Letak doh dan tutupkan di atasnya dengan sehelai lagi plastik.  Kemudian canailah doh itu 4 persegi dengan ketebalan lebih kurang 1cm.  Lepas itu simpan kepingan doh itu di dalam fridge semalam atau sehingga ia menjadi keras supaya mudah dipotong.  Plastik yang membalut itu tak perlu ditanggalkan.

5.  Setelah itu dipotong kepingan doh itu memanjang.  Susunkan ke dalam loyang pembakar yang dialas dengan baking paper.



6.  Sapukan telur yang telah dipukul sedikit itu ke atas biskut dan ditabur dengan parutan keju parmesan.  Telur itu digunakan sedikit sahaja.  Kiranya kalau guna sebiji telur, ia masih berlebihan. Jadi ketepikanlah sedikit untuk kegunaan masakan yang lain (jika hendak).

7.  Bakar biskut pada suhu 180C selama 15 minit atau hingga kekuningan.



Wednesday, February 10, 2016

Ayam Rangup Bersira




1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 st lada hitam kasar
1/4 cawan tepung jagung
garam
1 cawan minyak masak

Bahan untuk sira :
3 ulas bawang putih - dicincang/ditumbuk halus
5 tangkai cili kering - dikerat 2
1/4 cawan kicap cair
2 sb cuka
1 sb gula pasir/gula perang/madu
4 sb kacang tanah - digoreng dahulu

1.  Gaulkan ayam bersama lada hitam dan garam.

2.  Panaskan minyak.  Golekkan ayam ke dalam tepung jagung sehingga bersalut semuanya dan digoreng separuh masak.  Toskan sekejap.

Sementara itu kacaukan minyak yang agak keruh disebabkan tepung jagung itu sehingga ia tidak kelihatan mendak atau terlalu keroh lagi.

Masukkan semula ayam yang telah digoreng separuh masak tadi ke dalam minyak panas itu.  Gorengkan sehingga ayam benar-benar garing.  Toskan.




3.  Keluarkan sedikit minyak goreng itu.  Tinggalkan dalam 1 sb sahaja.  Tumiskan sekejap bawang putih dan cili kering tadi.

4.  Masukkan kicap cair, cuka dan gula pasir/gula perang/madu.  Kecilkan api dan masak sehingga pekat dan berkilat.   Masukkan ayam yang digoreng tadi dan digaul rata.  Tutup api dan masukkan kacang tanah.


Ayam ini masih lagi rangup walaupun telah sejuk.




Monday, February 8, 2016

Cucur Epal




1 biji epal - dibuang kulit dan didadu 
2 cawan minyak masak
sedikit gula icing untuk deko (jika perlu)

Bahan A :
1 1/4 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1/4 st garam
1/2 st serbuk kulit kayu manis
1/4 cawan gula pasir

Bahan B :
2/3 cawan air/susu cair
1 biji telur
2 sb butter/planta
1 st esen vanila


1.  Satukan Bahan A dan Bahan B dalam bekas yang berasingan.

2.  Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B.  Gaulkan hingga sebati.

3.  Masukkan epal dan gaul lagi.

4.  Panaskan minyak.  Ambil sesudu adunan tadi atau gunakan ice-cream scoop dan masukkan ke dalam minyak panas tadi.  Gunakan tangan pun boleh tapi basahkan tangan dengan air dulu.  Lepas tu jemputkan sedikit adunan dan masukkan dalam minyak panas.

Gorengkan hingga keperangan dan toskan.  Bila menghidang, taburkan sedikit gula icing diatasnya.  




Pengedar Untuk Brownie Mix & Vanila Custard Diperlukan




RM20.00 sebotol
420 gm Brownie Mix Rich & Chewy
+ 155 ml minyak bunga matahari/jagung/zaitun
+ 2 biji telur + 1/2 cawan walnut.
RM20.00 sebotol
3 sb Vanila Custard
+ 1.5 sb gula pasir + 200 ml susu + 200 ml air

RM20.00 sebotol
320 gm Brownie Mix Original  
+ 125 ml minyak bunga matahari/minyak zaitun/minyak jagung

 + 2 biji telur + 1/2 cawan walnut cincang

wassap : 013-680 8300
Pengedar sekitar KL dan Selangor diperlukan.




vanila custard


Sunday, February 7, 2016

Masala Jagung




3 ketul jagung - diasingkan bijian jagung itu
1 sb butter/planta
1 st cili powder atau cili flakes
1 st garam masala
1 pokok daun ketumbar - dihiris halus
2 tangkai daun kari
1/2 biji lemon - diambil jusnya
garam

1.  Panaskan butter/planta.


2.  Masuk jagung, cili powder/cili flakes, garam masala, daun ketumbar, daun kari dan garam.  Gaul-gaulkan hingga jagung masak.


3.  Tutup api dan masukkan jus lemon.  Gaulkan dan boleh lah dimakan.





Saturday, February 6, 2016

Keledek Di Lautan Kasih




100 gm keledek oren
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 ketul halia - dititik
1 helai daun pandan

1.  Keledek dipotong dadu.

2.  Masuk air, gula dan daun pandan ke dalam periuk.  Masak hingga gula larut.

3.  Masuk keledek dan halia.  Masak lagi hingga keledek empuk.


boleh dihidang sejuk atau panas.



Friday, February 5, 2016

Karamel Kentang




Masakan ini popular di Korea dengan nama Algamja-Jorim/Braised Baby Potatoe.

200 gm kentang saiz kecil / baby potatoe
1 sb minyak zaitun
3 sb kicap cair
3 sb rice syrup / madu / gula pasir
1 ulas bawang putih - dicincang halus/ditumbuk
1-2 titik minyak bijan
1 sb bijan putih - disangai sekejap

1.  Panaskan minyak dan masukkan kentang dalam pan.  Tutup pan.  Biarkan kentang masak lebih kurang 20 minit, sambil itu dikacau-kacaukan kentang itu beberapa kali.  Masak hingga kentang empuk dan kulitnya nampak berkedut-kedut (garing).

Cucukkan kentang itu dengan lidi/cake tester untuk mengetahui kentang itu telah empuk atau belum.

2.  Masukkan kicap cair, rice syrup/madu/gula pasir dan bawang putih.  Gaul-gaulkan dan masak hingga likat.  Pastikan seluruh kentang bersalut dengan karamel itu.  Tutup api.

3.  Taburkan bijan.