200 gm bee hoon - rendam/celur hingga lembut
100 gm tauge
2 biji cili hijau - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris nipis dan direndam dalam air ais
1 biji limau nipis - dipotong nipis
daun selasih/daun ketumbar
daun pudina
Bahan Rebusan Daging :
200 gm tulang lembu
100 gm daging lembu
1 biji bawang besar
2 batang serai
1 st garam
air secukupnya
Bahan Untuk Sos Pedas :
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 batang serai
1/2 cawan air rebusan daging (rebusan kedua)
1 sb cili flakes / serbuk cili
1 sb fish sauce
2 sb minyak
Bahan untuk air rebusan shrimp paste :
1 sb vietnamese shrimp paste / belacan
1 1/2 cawan air
Cara menyediakan air rebusan daging :
1. Masukkan tulang dan daging ke dalam periuk. Masukkan air separas kedua-dua bahan itu. Didihkan sehingga timbul lemak-lemak putih dan daging empuk.
2. Kemudian toskan tulang dan daging itu, tulang itu dicuci bersih sekali lagi. Air rebusan pertama itu tidak digunakan, jadi boleh disimpan untuk kegunaan masakan yang lain. Manakala daging dihiris nipis dan diketepikan.
3. Masukkan semula tulang itu ke dalam periuk beserta air, bawang besar, serai dan garam. Masak hingga mendidih. Buangkan bawang, serai dan lemak-lemak yang timbul. Sup ini semestinya jernih. Ketepikan.
Cara menyediakan sos pedas :
1. Bawang putih, bawang merah dan serai ditumbuk atau dikisar halus.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan serai hingga kekuningan. Tutup api.
3. Semasa masih panas, masukkan cili flakes dan air rebusan daging. Masak semula hingga mendidih dan masukkan ia ke dalam air rebusan tulang tadi. Ketepikan.
Cara menyediakan air rebusan shrimp paste :
1. Masukkan 1/2 cawan air ke dalam mangkuk bersama shrimp paste/belacan. Kacau-kacaukan dan biarkan ia mendak sebab hanya air yang dibahagian atas sahaja yang diperlukan.
2. Sementara itu didihkan 1 cawan air di dalam periuk yang lain. Masukkan air yang jernih dari rendaman shrimp paste tadi. Masak lagi hingga mendidih. Tutup api dan biarkan ia suam. Rebusan itu akan kelihatan jernih. Jika ada buih-buih putih dipermukaannya, buangkan.
3. Kemudian dimasukkan air itu ke dalam air rebusan tulang tadi, bahan mendakkan dibawahnya jangan dimasukkan. Masukkan garam, gula dan fish sauce ke dalam air rebusan tulang itu. Didihkan semula sup itu dan ia sudah boleh digunakan untuk dihidang bersama mee.
Shrimp paste ni kira macam belacan kalau di Malaysia.
Cara Menghidang :
1. Masukkan beehoon ke dalam mangkuk bersama daging dan tuangkan sup pedas tadi.
2. Letakkan bawang besar hiris, daun pudina, daun selasih, tauge, cili hijau dan perahkan jus limau nipis. Untuk lebih sedap, campurkan sedikit sambal belacan vietnam/shrimp sauce. Resipi di sini
No comments:
Post a Comment